fbpx
Now Reading
Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Perbandaran Seremban Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR [Video]

Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Perbandaran Seremban Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR [Video]

Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri penyewa yang dicabut pintunya itu mempunyai tunggakan sewa lebih RM15,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat dengan menyediakan penempatan rumah kepada golongan yang memerlukan.

Mana-mana individu yang menyewa di PPR ini perlu membayar kadar sewa serendah RM124 pada setiap bulan bergantung pada kerajaan tempatan.

Kawasan PPR ini kebiasaannya berada di bawah kerajaan negeri dan fasilitinya akan sentiasa dipantau dari masa ke semasa. Mana-mana penyewa yang culas membuat pembayaran tanpa alasan yang kukuh akan dikenakan tindakan.

MBS tanggalkan pintu rumah kerana penyewa tak bayar sewa, tertunggak sehingga melebihi RM15,000

Terbaharu, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah bertindak menanggalkan pintu rumah seorang penyewa PPR di bawah mereka ekoran individu itu gagal membayar sewa.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada minggu lalu. Jelas Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali tindak berkenaan dilakukan ke atas penyewa tersebut kerana dia mempunyai tunggakan sebanyak RM15,000 ke atas.

“MBS mengadakan Operasi Tunggakan Sewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi). Operasi ini turut dibantu anggota Balai Polis Paroi.

“Untuk makluman, operasi ini dilakukan secara berhemah tanpa membabitkan sebarang insiden dalam melakasanakan tindakan penguatkuasaan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Sentiasa beri peluang dan pelbagai kaedah untuk bayar tunggakan

Kata beliau lagi, MBS juga akan sentiasa memberikan peluang selain turut mengutarakan banyak kaedah agar penyewa yang ada tunggakan boleh menjelaskan bayarannya.

“MBS melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.

“Namun, penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November 2024.

“Bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu.

“Namun MBS juga mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terbabit supaya mereka segera menjelaskan tunggakan.”

Jelasnya operasi tersebut akan dibuat secara berkala dari masa ke semasa selain meminta pihak penyewa yang berada di PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan sewa mereka mengikut waktu yang telah dijadualkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.