Gelagat Kanak-kanak Selamba Tabur Bedak Ketika Abang Tidur Cuit Hati [Video]
Tindakan si adik menaburkan bedak pada wajah abang yang sedang tidur secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya sibuk meneroka dunia mereka. Oleh itu, tidak hairanlah jika di usia sekitar dua hingga 10 tahun mereka mempunyai pelbagai ragam.
Gelagat kanak-kanak ini adakalanya membuatkan ibu bapa terhibur dan menjadi kenangan sepanjang melihat mereka membesar.
Malah kenangan seperti ini pastinya akan diceritakan semula kepada anak-anak apabila mereka besar atau ketika mereka telah membina keluarga sendiri.
Gelagat anak kecil tabur bedak raih perhatian ramai
Baru-baru ini, seorang ibu turut berkongsi gelagat anak nombor tiganya yang bertindak melakukan sesuatu perkara sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Denajla Heejab di TikTok, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak keduanya sedang tidur lena di atas sebuah sofa.
Kemudian kelihatan seorang lagi kanak-kanak iaitu anak ketiganya dengan selamba menaburkan bedak talkum yang dipegangnya ke muka si abang yang sedang tidur.
Ibu larang namun si abang masih lena tidur walau muka dipenuhi bedak
Menyedari perkara itu, ibu kemudiannya segera menarik tangan si kecil yang memegang bedak tersebut agar dia tidak terus melakukan tindakan itu.
Bukan hanya itu, kedengaran si ibu seperti menyoal tindakan anak kecil berkenaan berbuat demikian terhadap abangnya.
Dalam video tersebut kelihatan wajah si abang memutih kerana dipenuhi dengan bedak talkum berkenaan.
Apa yang mencuri perhatian, si abang langsung tidak menyedari tindakan adiknya itu dan masih lena atas sofa sehinggalah dikejutkan oleh ibu untuk membasuh muka.
“Ya Allah, biasa anak nombor dua buat hal, ni anak nombor 3. Ya Allah, sabar jelah,” kata Najla di ruang kapsyen.
Ramai terhibur dan kasihan melihat keadaan si abang dipenuhi bedak
Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut terhibur melihat video berkenaan serta dalam masa sama berasa kasihan dengan si abang.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan perkara sama dengan adik-beradik dan juga anak sendiri.