Karpet Pelamin Kotor Sebelum Pengantin Sempat Bersanding Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat permaidani di hadapan pelamin berwarna putih itu dipenuhi dengan kesan tanah berbentuk tapak kaki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Walimatul urus atau kenduri kahwin merupakan hari yang sering dinantikan-nantikan bukan sahaja pengantin tetapi juga ahli keluarga.
Ini kerana ia menjadi tempat untuk bertemu saudara-mara atau rakan yang sudah lama tidak berjumpa.
Bagi kebanyakan orang, selain berjumpa sahabat lama dan menikmati hidangan kenduri, ada juga yang suka datang ke majlis perkahwinan kerana teruja melihat raja sehari serta dekorasi pelamin.
Namun, sikap teruja segelintir individu adakalanya boleh memberi kesan tidak baik kepada suasana kenduri itu sendiri.
Karpet Pelamin Kotor Sebelum Pengantin Sempat Bersanding
Itulah yang dikongsikan oleh seorang jurugambar majlis perkahwinan apabila pelamin di kenduri kahwin yang dihadirinya berada dalam keadaan yang kotor.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mohdhaikalmulia, dapat dilihat permaidani di hadapan pelamin berwarna putih itu dipenuhi dengan kesan tanah berbentuk tapak kaki.
Apa yang menjadi perhatian lagi, terdapat dua orang wanita yang cuba menghapuskan kotoran tersebut pada pelamin berkenaan yang terletak di luar rumah.
Difahamkan, pengantin belum sempat bersanding dan menggunakan pelamin tersebut.
Jurugambar Beri Teguran, Minta Jemputan Jangan Sesuka Hati Naik Pelamin
Melihat keadaan tersebut, pengguna berkenaan sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak suka hati menggunakan pelamin sebelum pengantin menggunakannya.
“Kesian kakak dua orang ni kena cuci. Minta maaf kalau posting (hantaran) nampak poyo tapi ini teguran dan nasihat yang sangat penting.
“Janganlah sesuka hati naik pelamin pengantin atau suruh anak-anak pergi naik pelamin tu untuk bergambar sebelum pengantin tiba.
“Lagi-lagi bila pelamin outdoor macam ni. Pengantin belum naik tapi pelamin dah kotor. Macam mana nak buat sekarang?” tulisnya di video tersebut.
Jelas pengguna itu lagi, niatnya memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk mengaibkan individu sebaliknya hanya sekadar nasihat dan teguran.
Perkongsian Jurugambar Undang Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat sendiri apabila melihat keadaan tersebut.
Ada yang tidak menyalahkan jemputan kerana bagi mereka lokasi majlis itu yang diadakan di luar rumah serta permaidani yang berwarna putih.
Namun, ada juga yang memberikan cadangan contohnya seperti penggunaan permaidani warna lain atau tidak melakukan majlis besar-besaran bagi mengelakkan perkara sedemikian daripada berlaku.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Berdasarkan Pengalaman Memang Kena Ada Seorang Yang Kena Jaga Pelamin Tu. Jangan Bagi Budak-Budak Main Dekat Area Pelamin”
“Patutla Time Kami Adik Beradik Kahwin Dulu, Memang Orang Tua Larang Orang Duduk Atas Pelamin”
“Kalau Pelamin Outdoor Macam Ni, Tak Sesuai Dengan Karpet Putih, Mungkin Bridal Lebih Arif”
“Ini Carpet Needle Puncah, Dalam Gambar Memang Akan Nampak Pelamin Cantik Eksklusif”
“Sebab Tu Bagus Intimate Wedding Zaman Sekarang”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]