fbpx
Now Reading
Status Perkahwinan Bukan Penghalang, Doktor Jelaskan Mitos Berkaitan Buku Pink [Video]

Status Perkahwinan Bukan Penghalang, Doktor Jelaskan Mitos Berkaitan Buku Pink [Video]

Jelas Dr Alif Zaki, status perkahwinan tidak menjadi penghalang untuk seseorang ibu hamil membuka buku pink yang turut digelar buku antenatal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu mengandung atau sedang merancang untuk hamil perlu mengetahui bahawa mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan atau antenatal secara berkala.

Pemeriksaan berkala dilakukan boleh membantu doktor memantau perkembangan si ibu dan anak yang dalam kandungan.

Mana-mana ibu mengandung yang membuat pemeriksaan antenatal kebiasaannya akan mendapat satu buku khas berwarna pink yang perlu dibawa setiap kali membuat pemeriksaan.

Namun masih ada segelintir individu atau pasangan yang bakal menimbang cahaya mata memandang enteng terhadap perkara ini khususnya mereka yang berdepan dengan krisis seperti hamil anak luar nikah, kemiskinan dan banyak lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Kenapa Wanita Hamil Kena Buka Buku Pink Lepas Sah Mengandung

Doktor jelaskan mitos mengenai buku pink

Susulan itu, baru-baru ini pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Alif Zaki telah menjelaskan beberapa mitos berkenaan buku pink atau nama rasminya rekod kesihatan ibu yang mungkin selama ini menjadi punca segelintir ibu hamil tidak membuka buku terbabit.

Perkara ini dijelaskan oleh Dr Alif selepas tular mengenai kes jenazah bayi yang disimpan dalam peti sehingga beku dan ibu didakwa tidak melakukan pemeriksaan antenantal sepanjang kehamilan. Mereka dipercayai hanya memantau tumbesaran bayi menerusi aplikasi di dalam telefon pintar.

Buku pink boleh dibuka oleh setiap ibu hamil tanpa mengira status perkahwinan

Jelas doktor itu, terdapat beberapa salah faham mengenai buku khas itu antaranya adalah buku pink berkenaan tidak hanya dikhaskan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja.

Sebaliknya mana-mana individu yang disahkan hamil boleh membuka buku pink meskipun belum berkahwin secara sah atau belum mendapat pengesahan (terpakai untuk mereka yang berkahwin di luar negara).

“Walaupun pada bahagian buku pink itu terdapat maklumat suami namun adakalanya kita tidak boleh isi. Sama ada dia (ibu hamil) belum berkahwin lagi, atau berkahwin di luar negara jadi perkahwinan itu belum disahkan tarafnya dalam kerajaan Malaysia atau special kes contohnya rogol.

“Dalilnya surat beranak atau sijil lahir tetap boleh dikeluarkan walaupun maklumat bapa tidak dapat diketahui.

“Jadi ada masanya kita perlu libatkan pejabat agama atau Jabatan Pendaftaran Negara dalam menentukan sah taraf perkahwinan atau sah taraf anak itu,” ujarnya dalam video tersebut.

Walau pun begitu, perkara ini tidak dapat mengubah hak seorang ibu hamil untuk mendapatkan pemeriksaan membuka buku pink tidak kiralah walau bagaimana sekalipun status perkahwinan.

Ada atau tidak buku pink, wanita boleh melahirkan anak di hospital kerajaan

Seterusnya salah faham kedua adalah tidak boleh melahirkan anak di hospital kerajaan jika tiada buku pink atau buku antenatal. Katanya perkara ini adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ada juga yang tidak mempunyai buku pemeriksaan juga turut dilayan seperti biasa.

Tambahnya, buku pink itu boleh membantu doktor mengetahui kondisi sebenar si ibu dan kandungannya sebagai contoh berisiko tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

“Nak buat pemeriksaan kerajaan atau swasta ke tak kisahlah. Janji ada, jangan memandai-mandai dan buat keputusan sendiri. Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

“Kalau kerajaan lebih menyeluruh dan murah tetapi bermain dengan masa kalau swasta pula lebih cepat dan berbayar, jadi kenalah ikut masa.”

@alepza11

Kalau cari alasan, kita akan jumpa. Kalau cari jalan, pun kita akan jumpa juga. #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Perlu beri komitmen untuk buat pemeriksaan

Ujarnya lagi, seseorang mahupun pasangan perlu mengetahui komitmen untuk membuat pemeriksaan dan jangan mencari alasan sebaliknya menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bayi yang dikandungkan.

Selain itu, dia juga meminta ibu hamil untuk sentiasa mengemaskini informasi diri agar mudah pihak hospital membuat rujukan.

Melihat di ruangan komen, Dr Alif turut menjawab beberapa lagi soalan dari orang ramai yang bertanya mengenai mitos buku pink seperti adakah betul jika ingin membuka buku pink mereka perlu membuat scan di swasta terlebih dahulu.

Dr Alif kemudian menafikan perkara itu, sebaliknya mereka boleh terus ke mana-mana klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan dan membuka buku pink.

“Berkahwin atau tidak.. itu bukan urusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jangan takut untuk buka buku pink. KKM terima saja. Walhal warganegara asing pun boleh buka”

“Tapi nurse di kerajaan akan marah kalau tiada buku pink masa nak bersalin. Kena faham sebab kita tak tahu kesan status si ibi, masalah antenantal dan sebagainya. Jadi bawalah buku pink.”

“Orang asal pendalaman pun sanggup jalan kaki semata-mata nak pergi check bayi dekat klinik kesihatan. Nak anak selamat dan sihat, mungkin beliau lagi susah dari orang asal… Respect orang asal.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.