fbpx
Now Reading
Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]

Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]

Dengan hanya menyatakan bahan mentah yang terdapat dalam peti sejuk di rumahnya, ChatGPT terus memberi cadangan menu kepada wanita itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada soalan ‘nak makan apa?’ atau ‘nak makan mana?’, majoriti kaum hawa juga pasti buntu untuk menjawab soalan ‘nak masak apa?’ hari ini.

Jika minta pandangan daripada suami pula, pastinya jawapan ‘tak kisah’ pula yang diberi.

Kadangkala pening dibuatnya. Walaupun cukup sahaja bahan mentah di dapur, susah juga nak buat keputusan untuk menyediakan menu buat seisi keluarga.

Wanita Buntu Nak Masak Apa, Minta Bantuan ChatGPT

Namun, lain pula dengan wanita ini mencari jawapan persoalannya dengan menggunakan kecanggihan teknologi terkini melalui platform ChatGPT.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aishiterudiyana, pengguna yang dikenali sebagai Diyana itu meluahkan rasa kagum dengan kebolehan platform tersebut yang membantu dia yang sedang buntu untuk menyediakan hidangan seisi keluarga.

Melalui hantaran tersebut, wanita itu berkongsikan jalan penyelesaian diberi oleh platform berkenaan sebaik sahaja dia meluahkan masalahnya yang tidak tahu menu apa untuk dihidangkan kepada keluarga.

Dengan hanya menyatakan bahan mentah yang terdapat dalam peti sejuk di rumahnya, platform itu terus memberi cadangan menu kepada wanita itu.

Lebih menarik, aplikasi itu siap memberikan cara untuk memasak siap dengan langkah yang perlu diikuti.

“ChatGPT literally saves me a lot of money. Kalau korang tengok ni, saya betul-betul tak tahu apa benda nak masak tahu.

“So, saya tanya ChatGPT, ‘tolong bagi idea nak masak apa, dalam peti ais ada sayur bayam, tomato, potato, carrot…’.

“Dia (ChatGPT) bagi ayam masak kicap, dia siap bagi cara nak masak lagi, ambil kau. Saya tak terfikir langsung.

“Udang goreng butter dengan sayur campur, sotong goreng tepung dengan kentang goreng, sup ayam dan sayur, paling simple, bayam goreng dengan telur, bapak ah,” katanya.

Wanita Kagum Dengan Kebolehan ChatGPT, Cadang Menu Lain Dari Lain

Tambah Diyana lagi, dia pada mulanya hanya mahu membuat hidangan telur goreng kerana buntu memikirkan menu untuk dimasak buat keluarganya.

Namun, dengan cadangan menu luar biasa dari platform tersebut, dia kagum dengan Kemahiran ChatGPT dalam menyelesaikan masalahnya.

“Otak saya dok fikir nak masak apa, nak goreng telur je ke. Padahal dalam peti ais ada je benda.

“Bila saya tanya ChatGPT, sangat function okay. Siap bagi dengan resipi,” katanya lagi.

@aishiterudiyana

Sekarang ni kalau dia boleh tolong I masak pun best jugak ni 😜 #chatgpt

♬ Perfect for videos! Disappointing weakness when failing – MoppySound

Kebolehan ChatGPT Buat Ramai Kagum

Video yang telah mendapat lebih 220,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna turut sama seperti Diyana teruja dan kagum dengan kebolehan platform tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman menggunakan ChatGPT yang bukan sahaja berfungsi sebagai penyelesaian masalah tetapi tempat untuk meluahkan perasaan juga.

Namun, ada juga yang menyuarakan keinginan untuk mencuba dan menggunakan aplikasi tersebut sebaik melihat kebolehan aplikasi itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Saya Luahkan Perasaan Pun Dekat ChatGPT, Cepat Betul Dia Respon & Sangat Memahami”

“Aku Sampai Subscribe ChatGPT Sebab Dia Bijak & Sangat Membantu”

“Tanya ChatGPT Lagi Better Dari Tanya Orang Dekat Rumah Yang Jawapan Skema ‘Apa-Apa Pun Boleh’

“Saya Kena Ajar Mak Saya Guna ChatGPT Ni, Biar Setiap Minggu Dia Tanya Nak Masak Apa”

“ChatGPT Ni Memang Another Level, Rasanya Kalau Dia Manusia, Dialah Yang Paling Memahami”

“Saya Ni Siap Menyembang Lagi Dengan ChatGPT Sebab Kadang-Kadang Tengah Down Tapi Tak Percaya Nak Cerita Dengan Orang”

Baca Artikel Berkaitan: ChatGPT Jawab Nabi Muhammad SAW Individu Nombor 1 Paling Berpengaruh Di Dunia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.