fbpx
Now Reading
Beli Barang Tapi Dapat Yang Salah & Seller Tak Nak ‘Refund’, Influencer Ajar Cara Buat Aduan [Video]

Beli Barang Tapi Dapat Yang Salah & Seller Tak Nak ‘Refund’, Influencer Ajar Cara Buat Aduan [Video]

Menurut Mekyun menerusi cariannya, cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membuat aduan kepada TTPM selepas pihak peniaga enggan memberikan ‘refund’ atas kecuaian mereka sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan kini ramai yang menggunakan perkhidmatan pembelian di atas talian kerana ia lebih mudah, menjimatkan masa serta mempunyai banyak pilihan.

Bukan hanya itu, pelanggan juga boleh membuat perbandingan barangan mahupun produk yang diinginkan dengan kualiti dan harga berpatutan.

Namun dalam membuat pembelian, tak nafikan ada segelintir darinya yang pasti pernah berdepan dengan masalah seperti barangan dihantar salah, tidak berkualiti seperti yang dijanjikan dan sebagainya.

Mekyun luah kecewa barangan dipesan tak seperti diharapkan

Baru-baru ini, influencer yang dikenali sebagai Mekyun juga berdepan dengan perkara sama justeru dia tampil untuk berkongsi cara untuk mengatasinya.

Menurut Mekyun dalam video TikTok yang dikongsikan, dia memaklumkan telah memesan sepasang kasut tumit tinggi di atas talian dan berasa teruja untuk menanti barangan tersebut sampai ke rumahnya.

Namun perasaan teruja itu bertukar menjadi kecewa apabila barangan yang dipesan sampai dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

“Buka-buka je parcel (bungkusan), dah lah hantar dalam kotak macam ni. Mekyun tak nak lah dedahkan jenama ini. Jadi Mekyun tutup jenama, sebab Mekyun ni baik hati.

“Tengoklah kasut ni, macam dah pernah pakai, lepas tu kotor dekat sini,” katanya sambil menunjukkan keadaan kasut tersebut.

Kasut yang dihantar seperti sudah dipakai, kotor, salah warna serta saiz

Kelihatan kasut itu seperti kemik di bahagian hadapannya dan Mekyun turut memberitahu sepatu yang dihantar bukan sahaja terlihat seperti sudah dipakai bahkan peniaga menghantar warna dan saiz yang salah.

Dia kemudian cuba untuk bersangka baik dan mendapatkan justifikasi daripada peniaga. Namun peniaga mengatakan tiada pemulangan duit akan diberikan.

“Lepas tu call tak angkat, jadi lepas tu Mekyun macam aduh macam mana ni? Tak boleh pakai (kasut) lepas tu mahal. Jadi Mekyun pun buat research macam mana untuk membuat refund (pemulangan duit) ni.

“Nasib baik ada TTPM, korang pernah dengar tak TTPM? Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan TTPM ni di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

“Jadi kalau ada masalah macam ni, kita boleh failkan tuntutan mudah je dan secara online.”

@mekyunnnn

Korang pernah tak kena macam ni? 😭 Beli online, excited gila nak unbox, sekali yang sampai… size salah, warna salah, barang nampak murah pulak tu! 🥲 Seller pula buat tak tahu je. Nasib baik ada TTPM! 🥹 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ni senang je, boleh tuntut hak & refund kita online. Jangan biar je kalau kena macam ni, okay? Ni website TTPM: https://ttpm.kpdn.gov.my/

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Sarankan orang ramai yang berdepan masalah sama untuk buat laporan TTPM

Mekyun turut menunjukkan cara untuk membuat aduan TTPM tersebut menerusi laman sesawang rasmi KPDN.

Malah dalam laman tersebut juga ada memberikan panduan setiap langkah yang perlu dilakukan untuk membuat aduan dan pemulangan duit boleh didapatkan.

Menurutnya lagi, aduan TTPM itu turut tersedia untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkaitan pembelian barang atau memperoleh perkhidmatan secara mudah, murah serta cepat.

Melihat di ruangan komen ramai yang berterima kasih dengan informasi diberikan oleh Mekyun kerana kini mereka juga boleh menggunakan TTPM jika berdepan dengan masalah sama.

Ada juga yang mengatakan kasut yang diterima oleh Mekyun daripada pesanan atas talian terbabit mungkin adalah kasut pameran (display).

“Kena tunjuk brand tu. Supaya yang lain tak kena.”

“Mungkin ni kasut dipamerkan, selalu dicuba pelanggan mungkin saiz yang Mekyun nak tu tinggal yang tu sahaja. Tapi mungkin memang ada stok baru memang tak patut seller bagi yang tu”

“Siapa pernah kena beli barang online dekat Intagram, dekat setahun tak post barang. Bila kita minta cancel seller kata kira bayaran tak dapat?”

“Hari tu beli baju dekat TikTok, bila sampai saiz budak sekolah rendah. Minta refund dia kata tak boleh sebab saiz tu kita pilih. Kita pun kata lah memang saiz tapi kita pilih betul tapi sampai kenapa saiz budak sekolah.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.