“Harap Owner Sabar” – Telatah 2 Monyet Rebut Tudung Di Ampaian Jiran Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video tular, kelihatan kedua-dua monyet itu seperti tidak mahu mengalah bagi mendapatkan sehelai tudung warna merah jambu tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Secara umumnya, monyet dikenali sebagai haiwan yang licik dan nakal. Kadangkala, seseorang sampaikan boleh pening kepala melayan perangai monyet yang menerjah ke rumah untuk mencuri barangan.
Seperti sebelum ini, dua ekor monyet telah ‘kantoi’ ketika mencuri makanan yang ditinggalkan oleh rider di atas meja.
Perkara yang mencuit hati adalah monyet tersebut memerhati keadaan sekeliling dan tunggu ‘line clear’ terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Telatah Monyet Tunggu ‘Line Clear’ Sebelum Curi Makanan Buat Ramai Terhibur [Video]
Monyet Berebut Tudung Pink Di Ampaian Jiran
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Ira (@ks_ira) menunjukkan kelibat dua ekor monyet yang datang singgah ke rumah jirannya.
Kebiasaannya, monyet akan datang ke kediaman manusia untuk mencari sumber makanan di dapur. Perkara tersebut sekaligus akan menyebabkan sepah dan sampah bertaburan sekitar kawasan rumah.
Namun lain pula kali ini apabila kedua-dua ekor monyet itu dilihat sedang bergurau dengan satu sama lain. Menerusi video perkongsian, kelihatan haiwan berkenaan sedang bermain di ampaian pakaian.
Lebih mencuit hati apabila monyet-monyet itu berebut sehelai tudung berwarna merah jambu. Daripada gaya, nampak seperti haiwan berbulu tersebut tidak mahu mengalah.
Salah seekor haiwan itu juga dilihat sempat menyarungkan hijab berkenaan di atas kepala seolah-olah mengetahui cara sebenar memakai tudung.
@ks_ira Monyet pun berebut nak pakai tudung.. 😅 Harap owner tudung diberi kesabaran yang tinggi.
♬ Free Your Mind – TURBINES DRIVE
Ramai Terhibur Lihat Gelagat Monyet Gurau Berebut Tudung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah monyet yang bergurau senda.
“Berebut tudung masing-masing nak tutup aurat 🤣,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga individu yang berkata monyet memang sukakan warna merah jambu.
“Dulu anak duduk dekat Kuantan macam ni la. Pantang kain jemuran warna pink. Monyet-monyet suka,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu juga berasa risau dengan kenakalan sang monyet yang boleh menimbulkan kekacauan di rumah.
“Bila ada monyet ni la yang paling saya risau habis kain baju di jemuran,” kata seorang warganet.
Tips Berdepan Dengan Monyet Liar
Sekiranya anda terperangkap dalam situasi berdepan dengan monyet dan tidak tahu untuk buat apa, di sini kami kongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan. Antaranya:
- Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
- Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet.
- Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
- Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat.
Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Baik APM Tolong” – Aksi Monyet Nakal ‘Culik’ Anak Kucing Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Undang Pelbagai Reaksi Netizen