“Ini Baru Realistik” – Kumpulan Senario Dilantik Wajah Raya Kedai Kain Jakel Buat Ramai Teruja [Video]
Pengumuman pelantikan kumpulan Senario sebagai Wajah Raya 2025 dibuat menerusi satu video di TikTok Jakel semalam (17 Disember).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hanya berbaki kurang daripada 100 hari sahaja lagi, umat Islam akan menjalani ibadah puasa diikuti dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang dijangka pada hujung Mac 2025.
Walaupun masih ada tiga bulan lagi, namun ada segelintir peniaga yang telah melancarkan ‘perang’ mempromosikan baju raya rekaan jenama mereka sendiri.
Dapat dilihat masing-masing menggunakan cara tersendiri antaranya seperti mengeluarkan teaser, melantik serta memperkenalkan duta bagi melariskan jualan mereka.
Jakel Lantik Kumpulan Senario Jadi Wajah Raya 2025
Jenama pakaian dan kain terkenal, Jakel juga tidak ketinggalan daripada mempromosikan rekaan produk raya mereka dengan melantik selebriti tempatan.
Apa yang menjadi perhatian adalah jenama tersebut melantik kumpulan pelawak veteran terkenal, Senario sebagai wajah raya Jakel bagi tahun 2025.
Pengumuman tersebut dibuat oleh jenama itu sendiri menerusi satu video di TikTok @jakel.os semalam (17 Disember).
Melalui video tersebut, dapat dilihat ahli kumpulan Senario yang terdiri daripada Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Ilya melangkah masuk ke gedung kain yang terletak di Kuala Lumpur.
Malah, mereka masing-masing dilihat mendengar penerangan daripada pihak pengurusan Jakel sebelum menandatangani dokumen yang dipercayai kontrak pelantikan itu.
“Bismillah, dengan ini Jakel memperkenalkan Wajah Jakel Raya 2025, the one and only otai masih berbisa, Senario. Tak sabarnya, mesti pecah perut! Korang excited tak?” tulis pentadbir akaun di ruang kapsyen.
Pelantikan Senario Sebagai Wajah Raya Buat Ramai Teruja
Video pengumuman yang telah mendapat lebih 742,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka menzahirkan rasa gembira dan teruja dengan pelantikan kumpulan pelawak veteran itu sebagai wajah raya.
Malah, ada yang berpendapat jenama itu sepatutnya melantik kumpulan Senario pada setiap tahun bagi mempromosikan produk mereka.
Tidak kurang juga ada yang gembira dengan pelantikan tersebut kerana bagi mereka ia realistik dan sesuai dengan rakyat Malaysia berbanding model yang sememangnya sudah mempunyai bentuk badan yang cantik.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Ya Allah Terima Kasih Jakel, Happynya Tengok Senario”
“Ini Baru Realistik. Lepas Ni Tanya Orang Laki Senang, ‘Ko Saiz Siapa? Wahid Ke Apek?'”
“Tolong Ambil Senario Setiap Tahun Pun Tak Pe, Kami Akan Support Jakel Setiap Tahun Kalau Macam Ni”
“Ini Baru Betul. Senang Cari Baju Suami Ke, Ayah Ke. Kalau Pakai Model Sado-Sado, Payah Nak Agak Saiz & Corak”
“Ini Yang Ngam, Semua Bentuk Badan lelaki Ada, Dari Saiz Kecil Ke Saiz Besar”
Baca Artikel Berkaitan: “Terubat Rindu” – Ramai Teruja Lihat Semua Ahli Kumpulan Senario Buat Persembahan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Untunglah!” – Tular Lelaki Terlibat Kemalangan Dibantu Geng Senario, Siap Dapat Selfie [Video]