fbpx
Now Reading
Nash Kongsi Maksud Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’ [Video]

Nash Kongsi Maksud Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’ [Video]

Menerusi podcast tersebut, meskipun ramai tahu kumpulan Lefthanded membawa genre lagu rock namun maksud di sebalik lirik dalam Ku Di Halaman Rindu ada unsur ketuhanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kumpulan Lefthanded merupakan salah satu kumpulan penyanyi rock Malaysia yang ditubuhkan sekitar tahun 1979. Antara ahli kumpulannya yang dikenali adalah Datuk Nash sebagai vokalis dan juga Man Kidal yang terkenal dengan bakat bermain gitar menggunakan tangan kiri.

Meskipun berada di zaman 80-an lagu-lagu yang dimain dan dinyanyikan oleh ahli kumpulan ini sering meniti dibibir peminatnya sehingga ke hari ini.

Antara lagu yang sering menjadi siulan adalah Tiada Lagi Kidungmu, Debunga Wangi, Ku Di Halaman Rindu dan banyak lagi.

Nash dedah maksud lirik dalam Ku Di Halaman Rindu

Baru-baru ini, Nash atau nama penuhnya Nashrudin Elias telah mendedahkan apakah maksud di sebalik lirik dalam lagu Ku Di Halaman Rindu dalam sebuah podcast pendek (short podcast).

Menerusi video yang dimuat naik oleh Amar Sufi Ali, dia telah bertemu dengan Nash sewaktu penyanyi itu ingin berangkat ke tanah suci.

Menerusi segmen audio siar Last Minute berkenaan Amar bertanya adakah penyanyi itu mempunyai sebarang mesej yang disampaikan menerusi lagu yang dinyanyikan.

Lagu menceritakan tentang seseorang yang berada di atas sejadah

Nash kemudian menyanyikan beberapa rangkap dalam lirik lagu berkenaan serta meminta orang ramai untuk memahami lebih lagi berhubung liriknya.

“Lagu ini ialah dibentangkan dengan tikar sejadah, kita bersyukur di halaman rindu kita. Kita kena menangis dengan Allah. Kita kena bangun tahajud dengan Allah.

“Lagu yang diterjemahkan adalah ‘Inginku tembus tembok silam, dan membaiki kesilapan kita. Yang tiada kita rasa. Dahulu maaf tak bererti, darah muda menguasai diri. Begitu mudah membenci’,” kata Nash sambil menyanyikan lagu terbabit.

Bunga layu dalam lirik merujuk kepada hati yang layu

Katanya maksud ku di halaman rindu dalam lirik itu merujuk kepada seseorang yang sedang duduk di atas sejadah (untuk solat atau berdoa). Manakala maksud bunga dalam lirik seterusnya adalah hati manusia atau dia juga menyifatkannya sebagai Qalbi.

Kata Nash lagi terdapat banyak lagi maksud dalam lirik lagu berkenaan namun dia mahu peminat mahupun penonton untuk menghayati dan membedah karya itu dengan sendiri.

Ramai sifatkan lirik membawa maksud yang indah

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji dengan keindahan lirik lagu tersebut selepas Nash menterjemahkan maksudnya serba sedikit.

Malah ada juga yang menyifatkan lagu di zaman dahulu tidak dicipta secara suka-suka sebaliknya penuh dengan maksud tersirat yang memberi mesej mendalam.

Selain itu ada yang mengatakan lirik tersebut dicipta dengan indah untuk menceritakan tentang hubungan seseorang dengan penciptaNya.

Menerusi semakan video ini telah dimuat pada awal Disember lalu dan menjadi tular sehingga kini.

“Orang dulu-dulu buat lagu bukan main taram je. Semua ada tersirat dan tersurat”

“Powerdul mesej, bukan biasa-biasa orang lama kita”

“Lagu-lagu lama ada isi (maksud), bukan kisah cinta biasa-biasa”

“Arwah bapa saya dulu pernah suruh saya kaji lagu ni, sejak saya berkahwin tiba Allah gerakkan hati untuk dengar lagu ni balik. Baru tahu apa maksudnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.