fbpx
Now Reading
Ramai Pertikai Data Kajian Belanjawanku Dakwa Kos Makan Sehari di Lembah Klang Hanya RM22

Ramai Pertikai Data Kajian Belanjawanku Dakwa Kos Makan Sehari di Lembah Klang Hanya RM22

Kajian Belanjawanku menjangkakan penduduk di sekitar Lembah Klang hanya berbelanja sebanyak RM660 sahaja untuk makan selama sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan harga barangan dan makanan pada zaman ini tidak sama seperti 10 hingga 20 tahun dahulu.

Malah, peningkatan harga petrol turut menjadi faktor mengapa sesetengah peniaga mengambil kira untuk menaikan sedikit harga jualan mereka kepada para pelanggan.

Nak dapat tempat yang jual nasi berlauk sekali dengan air di bawah harga RM10 itu boleh tahan susah juga lebih-lebih lagi di tengah kawasan Kuala Lumpur.


Kajian Belanjawanku Jangka Penduduk Lembah Klang Makan RM22 Sehari

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@TheFuturizts), Kajian Belanjawanku menjangkakan penduduk di sekitar Lembah Klang hanya berbelanja sebanyak RM660 sahaja untuk makanan bulanan.

Kos tersebut jika dibahagikan, ia adalah sekitar RM22 sahaja sehari.

Antara contoh yang diberikan adalah:

  • Sarapan: RM4.90
  • Makan tengah hari: RM9.00
  • Minum petang: RM1.90
  • Makan malam: RM6.50

Namun jika dilihat secara realitinya, peniaga kini menjual harga nasi sepinggan sekitar RM10 hingga RM15 manakala pengusaha gerai pula menjual hidangan mereka dalam anggaran RM8 hingga RM10.

Minuman pula, ada yang dijual dengan harga sehingga RM15 hingga RM20 secawan.

Kalau diikutkan, beli air sahaja pun sudah melebihi jangkaan harga makanan harian yang dikeluarkan dalam Kajian Belanjawanku.

Berdasarkan jadual jenis hidangan dan harga, Belanjawanku menganggarkan sepinggan Char Kuey Teow adalah bernilai RM6.50 dan Nasi Ayam pula berharga RM7.00.

Masyarakat Pertikai Kajian Belanjawanku Seperti Kurang Tepat Dengan Realiti

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan kajian yang dikeluarkan itu kerana menganggap RM22 untuk makan sehari seolah-olah tidak relevan pada zaman ini.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa harga satu hidangan nasi goreng sahaja sudah mencecah RM10.

“Dinner apa RM6.50? Nasi goreng biasa pun dah RM10,” ujar netizen.

Malah, netizen turut bersetuju bahawa harga barangan di pasar raya juga sudah meningkat jika mahu mengurangkan kekerapan makan di luar.

Namun, seorang pengguna X pula berkata tidak mustahil untuk mendapatkan harga makanan dengan purata RM22 sehari. Tetapi kebiasaannya harga rendah itu akan diberikan di kala peniaga mahu menutup kedai dan hendak menghabiskan jualan.

“Dinner kena tunggu AEON bagi diskaun makanan berbungkus tu sebab dah malam dan lagi beberapa jam nak tutup. Barulah dapat harga RM6.50 tu,” luah netizen.

Sumber: X

Hampir Keseluruhan Rakyat Malaysia Tiada Simpanan

Memetik Kosmo, rata-rata individu mengakui gaji bulanan yang diterima hanya mencukupi hingga menyebabkan segelintir daripada mereka tidak mempunyai simpanan walaupun RM1,000.

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour turut memaklumkan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 bagi tujuan kecemasan.

Tambah beliau, berdasarkan Kaji Selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak tahun 2015 mendapati satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak berminat untuk mengambil tahu tentang insurans dan takaful.

Sumber: Pexels

Malah, kajian ini juga turut menunjukkan satu daripada tiga rakyat Malaysia terbeban dengan hutang walaupun kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang mempunyai pendapatan berpatutan.

Pada masa yang sama, berdasarkan RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey 2023 (RMFLS) yang dijalankan oleh RinggitPlus mendapati 71% responden hanya mampu menyimpan RM500 pada setiap bulan.

Baca Artikel Berkaitan: 71% Rakyat Malaysia Hanya Mampu Menyimpan Kurang RM500 Setiap Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Duit Persaraan RM1,000 Setiap Bulan Tidak Cukup – Pakar Ekonomi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.