fbpx
Now Reading
Tular Harga Air Extra Joss RM6, Rupanya Pekerja Caj Tanpa Pengetahuan Owner [Video]

Tular Harga Air Extra Joss RM6, Rupanya Pekerja Caj Tanpa Pengetahuan Owner [Video]

Walau bagaimanapun, dalam satu video berasingan, pengguna itu mendakwa pemilik gerai berkenaan telah menghantar mesej permohonan maaf kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenaikan harga barang sememangnya memberi kesan kepada orang ramai termasuklah golongan peniaga.

Ada daripada golongan ini terpaksa menaikkan harga jualan bagi menampung kos kenaikan tersebut.

Pun begitu, segelintir pelanggan berpendapat kadangkala harga yang dikenakan tidak masuk akal dan terlalu mahal hingga menyebabkan ada yang bertindak menularkan harga jualan di media sosial.

Pelanggan Tular Kedai Caj Air Extra Joss RM6 Secawan

Itulah yang dilakukan oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga minuman Extra Joss ketika menikmati hidangan di sebuah gerai makan yang terletak di Danau Kota.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @boyspiderviral, lelaki itu mendakwa harga minuman Extra Joss yang disediakan dalam cawan plastik bernilai RM6.

Dia berpendapat harga minuman itu tidak sepadan dengan kuantiti malah lebih mahal jika dibandingkan minuman dari kedai makan lain yang pernah dikunjunginya.

“Assalamualaikum, hari ni aku berada dekat Danau Kota. Aku terkejut Extra Joss cawan macam ni RM6. Kalau plastik aku ok lagi,” katanya.

Melalui video itu juga, dia turut berkongsikan harga nasi putih yang dimakan bernilai RM3 dan agak keras untuk dinikmati selain hidangan ikan bakar yang tidak diketahui jenisnya, satu lauk berserta air minuman dan teh o ais.

Difahamkan, jumlah keseluruhan hidangan yang dinikmati oleh lelaki itu bersama isterinya berharga RM29.

Malah, dia turut meminta orang ramai menularkan gerai terbabit bagi diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

@boyspiderviral

assalamualaikum harga yahudi..btl2 tahu tak makan dkt sini..bukan berkira tapi harga tak masuk akal ..bagi viral penguatkuasa .. #fypviralシ #fypシ゚ #bagiviralシ #dbkl #boyspiderviral87 #mediasosial

♬ original sound – spiderboyexplorer – spiderboyexplorer

Pemilik Kedai Makan Mohon Maaf, Dakwa Pekerja Yang Mark Up Harga

Walau bagaimanapun, dalam satu video berasingan, pengguna itu mendakwa pemilik gerai berkenaan telah menghantar mesej permohonan maaf kepadanya.

Apa yang menjadi perhatian adalah pemilik kedai makan itu mendakwa pekerjanya sendiri bertindak menaikkan harga jualan tanpa pengetahuan dirinya.

“Dia up semua harga makanan dari kedai. Bila abang viralkan baru la saya tahu, rupanya diorang dah lama makan duit kedai dengan cara up harga kepada pelanggan,” tulis peniaga itu.

Malah, peniaga itu mendakwa dia telahpun mengambil tindakan kepada pekerja berkenaan serta bertindak mahu memulangkan duit pelanggan tersebut.

“Saya dah ambil tindakan kepada pekerja itu. Sekali lagi saya betul-betul minta maaf. Kalau abang ada masa, saya nak pulangkan balik duit abang bayar tu,” tulis peniaga itu lagi.

@boyspiderviral

assalamualaikum semua baru2 ini saya viralkan bukan sbb apa..sbb air extra joss melampau smpai 6.00..skali owner msg sya mtk maaf katanye dia tak tahu perkerja main duit selama nie..so sya bkn nak jatuh kan orang cuma ini lah punca owner tak thu perkerja main duit..sekali owner mintak maaf… ini video sebagai bukti yg kecam tak thu jalan cerita ini cerita dia.. #mrideabodoh #boyspiderviral87 #share #fypシ゚ #bagiviralシ #mediasosial

♬ original sound – spiderboyexplorer – spiderboyexplorer

Ramai Akui Kedai Makan Jual Harga Extra Joss Mahal, Ada Yang Pernah Terkena

Video yang telah mendapat ribuan tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka terkejut dan tidak menyangka pekerja kedai makan berkenaan sanggup bertindak sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan pemilik gerai berkenaan kerana perbuatan pekerjanya itu.

Malah, ada pengguna media sosial yang pernah berkunjung ke kedai makan itu berkongsikan pengalaman serta mengakui harga jualannya yang agak mahal.

Sekadar info, harga minuman Extra Joss dijual sekitar RM3 ke RM6 bergantung kepada jenis bungkusan dan hidangan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Pihak Berwajib Kena Pantau. Kesian Kekadang Owner Tak Tahu Lepas Tu Pelanggan Tak Datang Dah. Aku Salah Seorang Mangsanya”

“Pekerja Main Caj Lebih Ni Memang Sentiasa Ada, Yang Bagi Makan Separuh Harga Dekat Kawan-Kawan Dia Pun Ada Juga”

“Danau Kota Semua Letak Harga Mahal, Bagus Abang Ni Viral”

“Extra Joss Kedai Mamak Bungkus Baru RM3.50”

Baca Artikel Berkaitan: “Korang Rasa Logik Ke?” – Tindakan Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival

Baca Artikel Berkaitan: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.