“Baru Nak Jadi Independent Woman” – Cubaan Gadis Pam Tayar Tapi Gagal & Dibantu Lelaki Curi Perhatian [Video]
Dapat dilihat gadis itu pada mulanya mengalami kesukaran lebih-lebih lagi ketika cuba memasukkan hos dari pam ke tayar keretanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, kebanyakan kerja yang didominasi oleh kaum Adam juga boleh dilakukan oleh kaum Hawa.
Contohnya seperti juruterbang atau jurutera, dapat dilihat adanya golongan wanita yang turut serta dalam bidang tersebut.
Namun, kadangkala ada kerja atau kemahiran dalam kehidupan seharian yang tetap memerlukan kekuatan orang lelaki untuk menyelesaikannya.
Cuba Nak Jadi Wanita Berdikari Dengan Cuba Pam Tayar Kereta Sendiri
Samalah seperti seorang gadis yang cuba untuk berdikari dengan mengisi angin tayar keretanya sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @softnotsoph, pengguna itu cuba untuk mengisi angin tayar kereta Perodua Myvi miliknya di sebuah Stesen Minyak berhampiran Persiaran Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Apa yang menjadi perhatian adalah cubaannya untuk mengisi angin pada tayar kenderannya itu dilihat gagal.
Malah, dapat dilihat dia pada mulanya mengalami kesukaran lebih-lebih lagi ketika cuba memasukkan hos dari pam ke tayar kenderaannya.
“Guys, kenapa dia macam ni guys? Tengok eh dia ada bunyi meletup,” tulisnya pada video berkenaan
Lelaki Tegur Gadis Pam Tayar, Cuba Beri Bantuan
Namun, nasibnya amat baik apabila ada seorang lelaki bertanyakan tentang keadaan dirinya pada ketika itu.
“Kak, boleh tak?” tanya lelaki berkenaan.
Malah, pemuda berkenaan terus menghulurkan bantuan dengan membantu pam tayar kereta milik gadis tersebut.
Apa yang lebih menjadi perhatian, ketika gadis itu yakin bahawa dia telah mengepam tayar hadapan, pemuda itu seolah-olah tidak percaya dan terus melihat tekanan tayar hadapan itu.
Rupanya tayar hadapan keretanya juga tidak mencapai tekanan yang betul. Lelaki itu sekali lagi terus mengisi angin dan membantu gadis berkenaan.
“Patutnya isi 220 tapi kita confident kata dah penuh padahal baru 140,” tulis wanita itu di ruang kapsyen.
Ramai Boleh Relate Situasi, Ada Alami Perkara Sama
Video yang telah mendapat lebih 821,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai rupanya yang turut sama seperti gadis itu tidak mahir untuk mengisi pam tayar kereta.
Namun, ada juga pengguna yang prihatin mengajar cara mereka sendiri ketika mengisi angin pada tayar kenderaan.
Tidak kurang juga ada yang memuji sikap lelaki itu yang dilihat ikhlas dan tidak berkira kerana menghulurkan bantuan kepada gadis berkenaan.
Cara Pam Tayar Kereta
Buat anda yang tidak tahu cara nak pam tayar, berikut andalah langkah mudah yang boleh diikuti:
- Lihat isipadu angin yang sesuai untuk tayar.Bagi kereta, maklumat itu kebiasaannya terletak pada bahagian pintu sebelah pemandu.
- Ikut bacaan yang tertera pada ‘Tire Loading Information’ bagi tayar hadapan dan belakang.
- Setkan bacaan jumlah tersebut pada mesin pam tayar.
- Masukkan hos pada tayar sehingga mesin pam berbunyi ‘pip pip’
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Pernah Pergi Stesen Minyak Isi Angin Sekali Tayar Makin Kempis, Gelabah Gais, Terus Aku Panggil Staf”
“Baik Je Abang Tu, Tak De Pun Nak Perli Tolong Ke Apa”
“140 Tayar Motor”
“Saya Kalau Bab Kereta Ni Memang Tak Boleh Masuk Otak, Pandai Isi Minyak Je”
“Kelas Memandu Patut Tambah Kelas Macam Mana Nak Isi Minyak & Pam Tayar”
“Kalau Nak Check Angin Semua Tayar, Saya Akan Pergi Kedai Tayar, Tiada Caj Kalau Dia Pamkan”
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Panik, Ini Tips Yang Perlu Korang Tahu Jika Tayar Pecah
Baca Artikel Berkaitan: 5 Aksesori Penting Yang Perlu Ada Dalam Setiap Kereta, Amat Membantu Di Saat Kecemasan