“Comelnya”- Gelagat Bapa Bonceng Anak Dalam Hujan Naik Motosikal Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan wajah si anak begitu gembira apabila mereka dibasahi hujan sewaktu mereka menaiki motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pasti ingin melakukan yang terbaik dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak hidup selesa dan bahagia.
Kasih sayang ini dapat dilihat menerusi sentuhan, perhatian dan perasaan bimbang yang sentiasa mahu anak berada dalam keadaan sihat serta selamat.
Setiap momen dalam membesarkan anak itu akan sentiasa menjadi saat indah untuk dikenang nanti.
Gelagat bapa dan anak naik motosikal dalam hujan raih perhatian
Baru-baru ini, gelagat seorang bapa di Indonesia membawa anaknya menaiki motosikal telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Awien Syuib di TikTok, awalnya kelihatan dia membawa anaknya membonceng motosikal dalam keadaan hujan.
Namun demi memastikan si kecil itu tidak kuyup dibasahi hujan,dia dilihat menggunakan baju hujan miliknya untuk menutup kepala serta badan si anak.
Kelihatan wajah keduanya gembira walau hujan membasahi diri
Meskipun berada dalam hujan namun kelihatan wajah si comel itu begitu gembira seperti sedang menikmati setiap inci kepada momen indah tersebut bersama bapa tersayang.
Reaksi sama turut dapat dilihat dari wajah bapa yang ketika itu sedang menunggang motosikal juga bahagia dalam hujan yang membasahi mereka.
Malah apa yang menjadi perhatian mesej si ayah di dalam video juga membuatkan ramai rasa terharu.
“Ternyata ayah yang dulu aku lihat menyembunyikan anak dalam jaket hujan adalah aku yang sekarang (kerana sedang melalui detik sama),” tulisnya.
Ramai terharu dan rasa bahagia lihat gelagat dua beranak
Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu serta rasa bahagia melihat gelagat dua beranak tersebut.
Malah ada yang berpendapat seseorang boleh gagal dalam kehidupannya namun jangan sesekali gagal menjadi ayah yang terbaik.
Ada juga mengatakan momen indah seperti itu akan sentiasa menjadi kenangan yang indah buat anak-anak.