fbpx
Now Reading
Jumpa Warga Emas Tepi Jalan, Wanita Luah Syukur Berjodoh Dengan Suami Prihatin [Video]

Jumpa Warga Emas Tepi Jalan, Wanita Luah Syukur Berjodoh Dengan Suami Prihatin [Video]

Menurut Halisya, warga emas yang dibantu suaminya itu terjatuh di tepi jalan kerana ingin membeli kuih disebabkan kelaparan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu sememangnya dinasihatkan untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada semua orang.

Kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu mungkin dapat memberikan kelegaan, kebahagian dan ketenangan buat mereka yang sedang berdepan dengan kesusahan.

Bukan hanya itu, melakukan kebaikan tidak akan pernah merugikan seseorang sebaliknya diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Wanita luah rasa syukur kahwini suami yang prihatin dengan nasib orang sekeliling

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Halisya telah meluahkan rasa syukurnya kerana berkahwin dengan suami yang prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan.

Menerusi video yang dimuat naik, awalnya kelihatan suami Halisya telah keluar dari keretanya selepas melihat seorang warga emas duduk di tepi jalan berdekatan tong sampah sebuah kawasan perumahan.

Warga emas terjatuh di tepi jalan selepas pulang dari membeli kuih

Suaminya kemudian membantu warga emas tersebut untuk bangun dan kelihatan dia menyapu kotoran dari kepala lelaki tersebut sebelum memimpin tangannya untuk pulang ke rumah.

Dalam keadaan uzur warga emas itu dilihat cuba melangkahkan kakinya dalam keadaan mengigil-gigil.

“Masa pakcik tu jalan terus meleleh air mata sebab teringat bapa sendiri. Terima kasih sayang (suami) jadi orang yang prihatin,” katanya dalam video itu.

Di ruang kapsyen Halisya memaklumkan mereka menyedari kewujudan pakcik tersebut terduduk di tepi tiang elektrik sewaktu melalui kawasasn berkenaan.

“Rupanya dia terjatuh sebab pergi beli kuih. Suami pesan, sebab tu pentingnya kita peka terhadap keadaan sekeliling.”

Tak daya nak panggil orang sekeliling untuk minta tolong

Jelas Halisya lagi di ruangan komen, pakcik tersebut memaklumkan pergi membeli kuih kerana kelaparan dan sewaktu terjatuh di tepi jalan dia tidak berdaya untuk memanggil sesiapa.

Kata wanita itu lagi, pakcik itu juga dilihat seperti kurang sihat serta dipercayai mengalami strok kerana mempunyai pertuturan kata yang tidak jelas.

Ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan pakcik tersebut dilihat berada dalam keadaan sangat lapar kerana seperti tidak bertenaga.

Selain itu, ramai yang turut bersimpati dengan insiden yang menimpa warga emas terbabit dan berterima kasih kepada suami Halisya kerana membantunya.

@ribenamonstee

Masa kiteorang pass by, pakcik ni terduduk dekat tepi tiang elektrik tu. Then husband terus berhenti kereta dekat tepi and cepat2 tolong pakcik tu. Rupanya dia terjatuh sebab pergi beli kuih. Husband pesan, sebab tu pentingnya kita peka terhadap keadaan sekeliling. #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #bekindtoeveryone

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

“Kesiannya, pakcik tu kenapa sorang-sorang je”

“Kalau tengok cara jalan macam pakcik tu lapar sangat, macam tak ada tenaga, Kesiannya pakcik tu, tak tahu apa yang dihadapi sebelum ini”

“Semoga dipermudahkan segala urusan harian orang baik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.