Litar Antarabangsa Sepang Jadi Lokasi Terbaharu Bazar Ramadan Di Selangor Tahun 2025 [Video]
Menurut Timbalan Yang Dipertua MP Sepang, ia merupakan inisiatif bersama pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan 80 tapak disediakan bagi bazar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kurang dari 100 hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa.
Selain daripada ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, ramai yang teruja menantikan bulan itu kerana Bazar Ramadan yang hanya diadakan setahun sekali.
Bagi kebanyakan orang, hidangan yang dijual di Bazar Ramadan sering dianggap lebih menyelerakan dan menarik jika dibandingkan dengan lokasi jualan yang lain.
Oleh sebab itu, kebanyakan bazar lebih-lebih lagi yang ramai penjualnya akan menjadi tumpuan pengunjung.
Litar Sepang Lokasi Terbaharu Bazar Ramadhan 2025
Siapa sangka, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang sebelum ini terkenal sebagai tempat perlumbaan sukan permotoran dunia akan dijadikan lokasi terbaharu tapak Bazar Ramadhan 2025.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang, Muhamad Shah Osmin dalam satu temu bual bersama Selangor TV.
Menurut Shah, ia merupakan inisiatif MP Sepang bersama pihak pengurusan SIC di mana 80 tapak disediakan bagi bazar tersebut.
Tawaran Terbaharu Kepada Semua Peniaga, Akan Tetapkan Jenis Hidangan Yang Bakal Dijual
Jelasnya lagi, tapak di Bazar Ramadan SIC itu terbuka kepada mana-mana individu yang berminat.
Walau bagaimanapun, pihaknya akan menetapkan jenis hidangan yang akan dijual di lokasi terbabit.
“Dari segi hidangan yang akan dijual nanti, yang itu kita cuba selaraskan. Sebabnya, kita buka tawaran tersebut kepada semua yang berminat untuk menyertai bazar itu.
“Mungkin dari segi kategori kita boleh wujudkan, dari segi kuantiti juga kita akan tetapkan kuota.
“Kita boleh pelbagaikan jenis juadah dan mungkin kita akan sediakan kuota untuk makanan atau menu gastronomi.
“Kalau ikutkan, kita telah umumkan beberapa menu gastronomi sebagai makanan warisan negeri Selangor,” katanya yang dipetik daripada SelangorTV.
Permohonan Ditutup Pada 6 Januari 2025
Difahamkan, lokasi sebenar tapak bazar itu bukanlah di tengah litar sebaliknya di kawasan ‘Mall Area’ litar tersebut.
Permohonan tapak telahpun dibuka sejak 9 Disember lalu dan akan tutup pada 6 Januari 2025.
Ramai Persoal Litar Antarabangsa Jadi Tapak Bazar Ramadhan
Video temu bual yang di muat naik menerusi TikTok @selangortv dan mendapat lebih 309,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mempersoal inisiatif tersebut apatah lagi ia merupakan pusat perlumbaan antarabangsa.
Malah, ada juga yang menjangkakan harga jualan di tapak bazar berkenaan akan tinggi disebabkan lokasinya itu.
Namun, ada juga yang menyambut baik inisiatif tersebut sebagai usaha untuk memeriahkan lagi kawasan tersebut.
Berikut antara komen pengguna TikTok: