fbpx
Now Reading
Ramai Buka Aib Sendiri, Wanita Pesan Hati-hati Jika Join Trend Di TikTok [Video]

Ramai Buka Aib Sendiri, Wanita Pesan Hati-hati Jika Join Trend Di TikTok [Video]

Menurut jurumekap dikenali sebagai Dea, segelintir warganet membuka ruang untuk orang lain mengecam dan mengkritik dengan cara mendedahkan aib sendiri menerusi trend TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, teknologi canggih pada ketika ini telah membuatkan orang ramai tidak kira golongan muda atau dewasa lebih aktif menggunakan media sosial.

Sejak kebelakangan ini pula, anda boleh lihat pelbagai trend baru dimulakan terutamanya di laman TikTok. Segelintir masyarakat pula akan terikut-ikut dan tidak mahu terlepas dengan perkara tersebut.

Pun begitu, semakin ramai yang tidak sedar bahawa sesetengah trend itu boleh ‘memakan’ diri sendiri.

MUA Dedah Ramai Pamer Aib Sendiri Menerusi Trend Di TikTok

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila jurumekap artis dikenali sebagai Dea (@deakhalidmua) berkongsi pandangannya tentang trend-trend media sosial yang menjadi tumpuan orang ramai pada ketika ini.

Kalau anda nak tahu terdapat dua trend utama di laman FYP (for you page) TikTok sekarang. Pertama sekali adalah ‘Rahsia Tuhan’ yang mana rata-rata berkongsi kisah dan ujian hidup mereka.

Yang kedua adalah ‘we listen we don’t judge’, di mana individu akan mendedahkan perkara yang pernah dilakukan atau dilaluinya selama ini. Pihak yang mendengar pula tidak boleh menilai atau mengkritik perkara dibangkitkan.

Walaupun pada awalnya trend ini berunsur positif, namun semakin ramai yang menyalahgunakannya iaitu dengan memaparkan keburukan diri sendiri.

Sumber: Pexels

Menurut Dea, ramai individu mendedahkan perkara atau rahsia yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain lebih-lebih di media sosial di mana mempunyai ramai pengikut tidak dikenali.

“Saya baca ada dia sengaja tak nak pergi tempat kerja dan buat-buat macam dia nak beranak dah. Dia sampai kena induced lepas tu rupanya dia belum nak beranak lagi, hanya kerana dia tak nak masuk tempat kerja dia duduk wad sampai seminggu,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Dikecam Buat Trend ‘Don’t Judge’, Tipu Pergerakan Bayi Dalam Perut Gara-gara Malas Kerja

Perlu Anggap Media Sosial Sebagai Ujian

Selain itu, MUA tersebut juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati sekiranya mahu mengikuti sesuatu di platform media sosial.

“Korang ibaratkan media sosial ni macam peperiksaan. Hari-hari ada korang hadir exam. Media sosial ni macam ujian untuk kita hari-hari. Kalau ada ujian yang korang gagal, akan terkantoi kebod*han masing-masing.

“Kita kena bijak untuk berada dalam media sosial. Pilih benda yang mampamerkan manfaat untuk orang lain, agar mereka boleh gunakan dalam hidup seharian dan pada masa akan datang,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: TikTok

Jangan Buka Ruang Untuk Orang Lain Kecam Diri Sendiri

Tambah Dea lagi, adalah penting untuk setiap individu mengingati bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan pandangan orang lain kepada kita melalui cara kita persembahkan diri sendiri di media sosial.

“Jangan pamer benda yang bila orang kecam, korang tak boleh pertahankan diri sendiri dan kau pun ‘koyak’ dan marah-marah. Tetapi pada awalnya korang yang buka dan beri ruang kepada netizen untuk kecam. Kesalahan sebenarnya adalah pada kau,” katanya di akhir perkongsian.

@deakhalidmua

Social media is a place where people WILL judge you. Trend we listen we don’t judge also trend yang anda perlu berhati-hati. Any trend on socmed please be cerdik enough before u join and post. Kalau taknak stress, stay away from it. Tapi kalau nak berada in socmed, silalah jadi cerdik. Hati-hati dengan tindakan dan keputusan kita sehari-hari. Allah bagi akal pada manusia bersebab. Gunakan sebaiknya.

♬ original sound – Dea Khalid

Orang Ramai Setuju Segelintir Netizen Dedah Aib Sendiri Guna Trend TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pendapat dilontarkan oleh Dea.

“Sama la macam trend we listen we don’t judge tu, kalau benda biasa-biasa je tak apa. Ni macam relax je buka aib sendiri,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang berkata individu menggunakan platform itu untuk menyebarkan kebencian kepada orang lain.

“We listen we don’t judge tu lagilah 😭. Dah lain perginya lebih kepada membenci,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, segelintir individu menitipkan pesanan agar tidak terjebak dengan trend yang mampu memudaratkan diri sendiri.

Sumber: TikTok (@deakhalidmua)

Hukum Sebar Aib & Dosa Sendiri

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mendedahkan aib sendiri atau dosa peribadi kepada orang lain adalah haram jika ia dilakukan dengan perasaan bangga atau mengambil ringan tentang dosa dilakukan.

Ia boleh menyebabkan dosa tersebut tidak diampunkan sekiranya tidak bertaubat sebagaimana sabda Nabi SAW:

كلُّ أُمَّتي مُعافًى إلا المجاهرين، و إنَّ من الجِهارِ أن يعملَ الرجلُ بالليلِ عملًا ثم يُصبِحُ و قد ستره اللهُ تعالى فيقولُ: عملتُ البارحةَ كذا و كذا، و قد بات يسترُه ربُّه، و يُصبِحُ يكشفُ سِترَ اللهِ عنه

Maksudnya: “Setiap umatku berada dalam keadaan sejahtera (selamat daripada azab yang pedih) melainkan al-Mujahirin (orang yang mendedahkan dosa sendiri). Sesungguhnya antara perbuatan mendedahkan dosa sendiri itu ialah apabila seseorang melakukan kesalahan pada malam hari, kemudian pada pagi hari dalam keadaan Allah telah menutup kesalahannya tersebut (dari pengetahuan orang ramai), dia menghebahkannya pula dengan berkata, ‘Aku telah melakukan malam tadi sekian-sekian perbuatan (dosa), sedangkan Tuhannya telah menutup keaibannya itu, namun dia membuka tutupan Allah tersebut darinya.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jika dosa itu diberitahu kepada orang lain bukan kerana berbangga atau mengambil ringan tentang dosa itu sehingga boleh mempengaruhi orang lain untuk turut melakukannya, maka hukumnya adalah makruh.

Baca Artikel Berkaitan: Hentikan Amalan ‘Spill The Tea’, Dr Zulkifli Perjelas Hukum Sebarkan Aib Di Khalayak Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.