fbpx
Now Reading
Ramai Tertarik Guru Kira & Banding Santan Kotak Besar Atau Kecil Yang Lebih Murah [Video]

Ramai Tertarik Guru Kira & Banding Santan Kotak Besar Atau Kecil Yang Lebih Murah [Video]

Menurut cikgu Amir, tidak semestinya jumlah isipadu yang banyak lebih murah kos per ml berbanding yang saiz yang kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali keluar untuk membeli barangan rumah seperti bahan memasak, sabun dan sebagainya ramai yang ingin berjimat-cermat memandangkan harga barang kini semakin meningkat.

Oleh itu, ramai di antara kita yang sentiasa akan membuat perbandingan atau kiraan harga sebelum membelinya.

Ini kerana, anda enggan untuk membazir kepada sesuatu produk mahupun jenama namun mempunyai kualiti yang sama. Namun kita juga sering terpedaya dengan kepercayaan terhadap sekiranya beli banyak ia akan menjadi lebih murah seperti dilakukan konsep borong.

Guru kira saiz santan kotak yang mana lebih murah raih perhatian

Baru-baru ini, seorang guru tuisyen dari MC Plus iaitu Amir Maaruf telah berkongsi kiraan satu kotak santan yang berlainan saiz dan harga sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Amir di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah pasar raya dan terlihat dua kotak santan yang berlainan saiz lalu ingin membuat perbandingan harga terhadap produk itu.

Amir mengambil satu kotak yang bersaiz kecil dengan jumlah isipadunya 65ml berharga RM1.10 manakala bagi 110ml pula bernilai RM1.90.

Bahagikan harga dengan isipadu santan untuk tahu jumlah per ml

Untuk mengetahui yang mana satukan santan yang lebih murah, Amir kemudiannya membahagikan harga seunit santan dengan jumlah isipadunya.

Bagi santan kotak bersaiz 110ml jumlah kosnya untuk satu ml adalah RM0.017 manakala untuk 65ml pula adalah RM0.0169 bagi satu ml.

“Ternyata yang lagi kecil lagi berbaloi. Tak semestinya makin banyak makin murah, makin murah. Tak.

“Rakyat Malaysia dah pandai memilih tengok ni banyak lagi (110ml), yang ni (65ml) tinggal sedikit. Mesti ada orang yang kira-kira sebelum beli ni,” kata Amir sambil ketawa.

Ramai tertarik dengan pengiraan mana satu yang lebih murah, rata-rata pilih 65ml sebab penggunaan sedikit

Melihat di ruangan komen, gelagat Amir mengira saiz santan kotak mana yang lebih murah itu telah menarik perhatian ramai.

Malah ada juga netizen yang berkongsi cara dia membuat kiraan untuk mana satu yang lebih menguntungkan dengan menggandakan unitnya dengan total isipadu dan harga.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan dia tidak mengira mana satu yang menjimatkan sebaliknya memilih mana satu yang akan mengurangkan pembaziran apabila diguna.

Sebagai contoh jika mengambil saiz besar mungkin akan menyebabkan barangan itu tidak digunakan sepenuhnya, apabila disimpan pula berpotensi untuk rosak. Oleh itu, saiz yang kecil adalah bersesuaian dan tiada pembaziran makanan yang berlaku.

“Sementara saya kira macam ni, 65ml=RM1.10, kalau beli 2 dapat 130ml=RM2.20. Lagi satu tu 110ml =RM1.90. Untung beli 110ml.”

“Sementara saya, kira juga melalui pemikiran logik. Jika 110ml tapi boleh pakai dua kali. Tapi bila nak pakai balik dah basi atau perlu defrost, renyah jadi baik 65ml pakai sekali je”

“Kalau aku bundarkan pun yang 65ml tu tetap akan dapat 0.17ml jadi sama je”

“Aku malas kira. Tapi aku pun selalu beli Kara yang kecik tu, sebab nak masak senang. Tak nak pakai banyak sangat. Sekali buka sekali masak, senang.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.