“Ready Pecut Bang” – Gelagat 2 Lelaki Dikejar Angsa Ketika Nak Service Aircond Curi Perhatian [Video]
Menerusi video tular, kelihatan dua ekor angsa itu sedang berkeliaran sekeliling kawasan rumah iaitu berdekatan dengan pemampat penyaman udara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai haiwan. Namun, ada juga sesetengah haiwan yang sedikit ganas dan membuatkan orang ramai takut mendekatinya.
Bukan itu sahaja, kadangkala serangga kecil juga ditakuti oleh segelintir individu sebagai contoh lipas. Kalau nak lebih tepat, lipas yang sedang terbang. Memang tidak senang duduk dibuatnya.
Ada juga di antara kita yang pernah dikejar dan dipatuk ayam. Kadangkala, makhluk Allah SWT ini bukan berniat untuk mencederakan anda, tetapi mungkin ia adalah cara mempertahankan diri.
2 Ekor Angsa Halang Pekerja Selenggara Pemampat Penyaman Udara
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Luqman (@luqmanhakii) menunjukkan situasinya bersama rakan sekerja yang mahu menyelenggara pemampat (compressor) penyaman udara di rumah pelanggan.
Kebiasaannya, cabaran yang dilalui oleh pekerja-pekerja ini adalah cuaca buruk memandangkan pemampat itu terletak di luar rumah.
Namun lain pula kali ini, apabila dua ekor angsa pula yang menjadi penghalang utama mereka untuk melakukan kerja penyelenggaraan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan rakan Luqman sedang memegang kain pelekat sambil mendekati angsa-angsa yang berkeliaran sekitar halaman rumah.
Difahamkan, lelaki berkenaan mahu bersembunyi menggunakan kain itu agar tidak diserang angsa-angsa.
Angsa Kejar Luqman & Rakannya
Bagaimanapun, hajat mereka itu tidak kesampaian apabila salah seekor angsa bertindak melulu ke hadapan untuk mengejar sambil mengepakkan sayapnya.
Lebih licik lagi apabila angsa tersebut bertindak membuat pusingan pada kereta terletak di halaman seolah-olah mencari masa dan arah yang tepat untuk mengejar Luqman serta rakannya.
“Punca…macam mana orang nak service aircond. Nasiblah Si Tuah durjana,” kata Luqman di ruangan kaspyen.
Jelas lelaki berkenaan, mereka perlu menunggu angsa-angsa itu memasuki reban sebelum dapat memulakan kerja.
@luqmanhakii Punca..mcm mne orang nak service aircond..nasib lah..Si Tuah durjana#angsa ♬ original sound – Luqmanhakim
Ramai Terhibur Lihat 2 Lelaki Diganggu Angsa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan situasi terbabit.
“Itu samseng Kampung Pisang tau. Jangan main-main 😂,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan angsa sebelum ini.
“Musuh ketat masa sekolah kena hadap dia (angsa) hari-hari pergi dan balik 😂,” kata seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berkata taktik lelaki menggunakan kain pelekat tersebut tidak akan membuahkan hasil.
“Angsa lagi cerdik. Setakat tutup kain dia nampak muka dan kaki berjalan,” kata seorang individu.
Tips Elak Kena Kejar Angsa
Menerusi carian kami di laman TikTok, beberapa individu telah berkongsi sedikit tips untuk elak dikejar angsa. Antaranya:
- Lompat ketika melalui depan angsa
- Jangan panik dan tunjuk bahawa anda sedang takut
- Jalan secara perlahan-lahan
- Cuba dekati angsa secara perlahan untuk membelai kepalanya
Namun sejauh mana keberhasilan kaedah ini tidak dapat kami pastikan. Jika anda dah kena kejar, berserah sahaja kepada takdir dan ‘standby’ gear untuk terus pecut!
Baca Artikel Berkaitan: “Lawan Hukum Alam Ni” – Gelagat Rider Kejar Anjing Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar
Baca Artikel Berkaitan: Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan