fbpx
Now Reading
Wanita Order Minuman Taknak Ais Tapi Dapat Air Terlalu Sikit Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Wanita Order Minuman Taknak Ais Tapi Dapat Air Terlalu Sikit Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat minuman yang diterima hanyalah sekitar suku cawan sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila memesan minuman sejuk, sesetengah pelanggan akan meminta agar kandungan ais dikurangkan atau tidak meletakkannya sama sekali.

Kebiasaannya mereka memesan sebegitu bukanlah untuk mengambil kesempatan atas jumlah air, tetapi kerana mahukan air yang sejuk tanpa terlalu banyak ais.

Selalunya orang ramai pasti faham bahawa jumlah air yang diterima akan berkurangan jika dipesan tanpa ais.

Namun amat mengejutkan apabila seorang individu menerima air yang dipesan tanpa ais hanya setakat suku cawan.

Individu Pesan Minuman Tanpa Ais Di Cawangan Kedai Makan Popular

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi satu akaun TikTok (@ariymadri) yang memesan minuman tersebut daripada sebuah cawangan kedai makan popular.

Katanya, itu merupakan pertama kali dia menerima kadar air sedemikian apabila memesan minuman tanpa ais.

“Jawapan yang saya dapat (dari pekerja) sangat menyedihkan. ‘Haa! Macam tu lah. Taknak ais kan’,” katanya.

Menerusi ruangan komen, difahamkan individu tersebut tidaklah marah kerana air yang diterima terlalu sedikit, sebaliknya disebabkan respon oleh pekerja berkenaan.

@ariymadri

first time beli makan Dan order air xnak ais dapat macam ni😔 saya tanya elok² kat staff dia Dan jawapan yang saya dapat ermmm sangat menyedihkan😔 *a.k.a staff yg jawap (haa!!!…. macam tu lah … x k ais kan )😔😔😔 #restoranpop #badservice #popampangpoint #viral #fyp

♬ original sound – areey – areey

“Bukan At Least Half Cup Ke Air Tu?” – Pengguna TikTokk

Menjengah ke ruangan komen, kadar minuman tanpa ais di dalam cawan yang diterima oleh individu berkenaan sememangnya menarik perhatian orang ramai.

Walaupun rata-rata memahami terdapat sukatan serta prosedur operasi standard (SOP) yang harus diikuti oleh pekerja di kedai tersebut, namun kandungan air itu dilihat terlalu sedikit.

Malah ada yang berseloroh daripada perkongsian tersebut barulah dapat dilihat bahawa kandungan air dalam minuman yang dipesan hanya 25%, selebihnya ialah ais dan atmosfera (angin).

Di samping itu, beberapa individu yang merupakan pekerja dalam bidang makanan dan minuman (F&B) menjelaskan bahawa pelanggan sememangnya tidak akan menerima cawan penuh jika memesan minuman sejuk tanpa air.

Namun begitu, mereka akan menambah sedikit air kosong agar minuman tersebut tidak terlalu sedikit, dan mengisi sekurang-kurangnya separuh cawan.

Sukatan Air Ditetapkan Oleh Mesin

Dalam pada itu, beberapa bekas pekerja di cawangan kedai makan tersebut tampil menjelaskan bahawa sukatan tersebut mengikut kadar yang ditetapkan oleh mesin membuat minuman.

Salah seorang daripada mereka menerangkan bahawa air tersebut terlalu manis dan perlu diseimbangkan dengan menambah ais ke dalamnya.

Beberapa pengguna media sosial turut menasihati individu yang memuat naik video terbabit agar memesan air panas jika tidak mahu ais.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.