fbpx
Now Reading
Baru Tahu! Rupanya Kita Boleh Pusing KL Naik Kapal Terbang, Hanya RM800 Untuk 30 Minit [Video]

Baru Tahu! Rupanya Kita Boleh Pusing KL Naik Kapal Terbang, Hanya RM800 Untuk 30 Minit [Video]

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang lelaki yang membawa adiknya menaiki pesawat ringan melihat keindahan Kuala Lumpur dari kaca mata burung sempena ulang tahunnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai di antara kita yang pernah atau sering bersiar-siar di sekitar ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Mungkin ada yang berjalan-jalan untuk membeli-belah atau mencari makanan viral (food hunting), malah tak kurang juga yang hanya sekadar ingin ‘mencuci mata’ melihat keindahan bandaraya tersebut.

Apa yang pasti, kesemua ini dilakukan dengan menggunakan pengangkutan darat, seperti motosikal, kereta, bas, LRT dan MRT.

Rupanya boleh pusing KL naik kapal terbang

Pun begitu, siapa sangka yang kita semua sebenarnya boleh bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menggunakan pengangkutan udara.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang lelaki yang membawa adiknya menaiki pesawat ringan melihat keindahan bandaraya itu dari kaca mata burung sempena ulang tahunnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @holla.heyyo, dia bersama dua beradiknya yang lain menaiki pesawat ringan jenis Cessna 172 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Maksimum penumpang hanya 3 orang, pusing-pusing KL selama 30 minit

Menurutnya, kapasiti penumpang yang boleh menaiki pesawat ringan itu hanyalah tiga orang sahaja tidak termasuk juruterbang.

Penerbangan terbabit mengambil masa selama 30 minit dengan disajikan pemandangan dari udara di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, mereka dapat melihat Menara Merdeka 118, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Exchange 106.

Tidak ketingalan, mereka dapat melihat pemandangan dari atas di sekitar Gombak serta Batu Caves sebelum pesawat itu mendarat semula.

2 Pakej penerbangan yang boleh dipilih orang ramai

Jelas lelaki itu lagi, syarikat penerbangan terbabit ada menyediakan dua pakej penerbangan kepada orang ramai.

Pakej pertama berharga RM1,400 bagi penerbangan selama satu jam di sekitar Kuala Lumpur, Rawang dan juga Kuala Selangor. Bagaimanapun pakej ini bergantung kepada jumlah berat keseluruhan penumpang yang telah ditetapkan.

Manakala pakej kedua pula berharga RM800 dan penerbangan mengambil masa hanya 30 minit mengelilingi Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat boleh layari laman web Air Adventure Flying Club (AAFC) untuk tempahan.

@holla.heyyo

Pusing KL tak guna penggangkutan darat?? Jom try cara lain dari yang lain!! @Kadang Kadang studio #jangantuatanpacerita #pusingkl #flight #travelmalaysia #traveltiktok #cessna172 #malaysiatiktok

♬ Walking Around – Instrumental Version – Eldar Kedem

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang baru tahu boleh pusing-pusing KL naik kapal terbang

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Ada yang tidak menyangka mengenai pakej yang boleh membawa mereka bersiar-siar melihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas udara itu.

Malah, segelintir orang juga menyifatkan bahawa caj penerbangan sebanyak RM800 bagi 30 minit itu adalah murah jika dibandingkan dengan pakej-pakej penerbangan persendirian yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.