fbpx
Now Reading
“Buat Sambil Senyum” – Tindakan Murni Pakcik Buang Sampah Dari Tong Buat Ramai Tersentuh [Video]
gelandangan bantu buang sampah

“Buat Sambil Senyum” – Tindakan Murni Pakcik Buang Sampah Dari Tong Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tular, kelihatan lelaki tersebut yang didakwa seorang gelandangan membuang sampah yang terkumpul dalam tong kecil sekitar kawasan pejalan kaki di Bukit Bintang ke dalam tong sampah utama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memastikan alam sekitar bersih merupakan tanggungjawab setiap individu di muka bumi ini tidak kira umur, jantina, pangkat dan sebagainya.

Tindakan tersebut bukan sahaja membuatkan kawasan sekitar terjaga dengan baik, malah banyak juga kebaikannya terhadap alam flora dan fauna.

Mana tahu, kebaikan anda itu boleh menjadi asbab untuk menempatkan diri dalam syurga di akhirat kelak. Insya-Allah besar ganjaran pahalanya.

Lelaki Gigih Angkat & Buang Sampah Di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@putrapelukis) menyaksikan satu situasi menyentuh hati yang berlaku sekitar kawasan pejalan kaki di Bukit Bintang.

Menerusi video tular dirakam oleh lelaki dikenali sebagai Putra, kelihatan seorang pakcik sedang membuka penutup tong dan mengambil segala sampah yang terkumpul.

Selepas mengeluarkan sampah berkenaan, dia kemudiannya menggantikan plastik baharu di dalam tong itu.

“Buat pertama kali aku tengok seorang gelandangan, mungkin juga seorang bapa yang rajin sangat! Dia pernah halang pekerja alam flora. Dia nak buang sendiri sampah tu dekat dalam tong sampah besar,” kata Putra.

Pakcik Pernah Buang Sampah Ketika Hujan Lebat

Jelas Putra lagi, dia pernah cuba memberi sedekah dalam bentuk wang dan makanan namun pakcik berkenaan menolaknya dengan baik yang mana dia tidak mengharapkan bantuan sesiapa.

Bukan itu sahaja, pakcik itu juga dikatakan bersungguh-sungguh membuang sampah walaupun ketika cuaca tidak mengizinkan.

“Aku pernah cuba untuk bagi duit, makanan, aku beli air ikat tepi. Dia lari dan berkata, ‘Eh tak apa dah kenyang, tak apa tak nak’ lepas tu dia senyum. Bayangkan dalam hujan lebat, dia boleh buat kerja ni sambil senyum dan bercakap seorang diri,” jelas Putra di ruangan kapsyen.

@putrapelukis buat pertama kali aku tengok seorang gelandangan , mungkin juga seorang bapa , Rajin sangat! dia pernah halang pekerja bangla alam flora, dia nak buang sendiri sampah tu kat dalam tong sampah besar, ” aku pernah cuba untuk bagi duit , makanan , aku beli air ikat tepi , dia lari , dia kata ” eh takpe , dah kenyang , eh takpe taknak” lepastu dia senyum 🥹 , bayangkan dalam hujan lebat , dia boleh buat kerja ni sambil senyum , sambil dia bercakap sorang2 🙂 kadang2 aku tertanya , kenapa? kenapa dia macam ni? mana keluarga dia? 🙁 #bukitbintang #kualalumpurmalaysia #jalanan #putrapelukis ♬ original sound – Nashrul Sekon

Ramai Sebak Lihat Lelaki Tak Berkira Berbuat Baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat kesungguhan lelaki berkenaan dalam memastikan alam sekitar bersih.

“Orang yang ada kekurangan adalah ujian untuk orang sekeliling. Mungkin Allah dah janjikan syurga untuk dia. Yang sempurna akal ni macam mana agaknya,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ramai individu yang pernah terserempak dengan pakcik tersebut turut mendedahkan sisi baiknya.

“Walaupun dia macam tu tapi dia sangat baik. Tengah beratur nak beli fries, dia bagi kerusi suruh duduk siap bersihkan lagi kerusi,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai individu sempat menitipkan doa agar pakcik berkenaan dikurniakan rezeki berpanjangan oleh Allah SWT.

“Semoga Allah memberi pakcik kesihatan baik selalu dan dipermudahkan segala urusan untuknya. Saya tak boleh tengok macam ni, rasa nak nangis,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@putrapelukis)

Baca Artikel Berkaitan: “Sedap Mata Pandang” – Sukarelawan Bersihkan Sampah Sarap Di Tasik Sekitar Puncak Alam Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.