fbpx
Now Reading
Lebih 400 Rakyat Malaysia Dakwa Diperas Ugut Polis Indonesia Ketika Sertai Festival Muzik EDM

Lebih 400 Rakyat Malaysia Dakwa Diperas Ugut Polis Indonesia Ketika Sertai Festival Muzik EDM

Kes dakwaan peras ugut yang terjadi kepada rakyat Malaysia itu berlaku di festival muzik EDM, Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah festival muzik EDM, Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia selama tiga hari dari 13 hingga 15 Disember 2024 kini menjadi perbualan masyarakat selepas tular dakwaan para pengunjung berdepan tindakan mengejutkan oleh pihak polis di sana.

Di media sosial, ramai yang mendakwa mereka telah diperas ugut oleh anggota polis ketika ditahan membuta tuli di festival tersebut termasuklah rakyat Malaysia.

Perkara itu mengakibatkan wuujdnya banyak protes di media sosial sehingga mahu memboikot acara berkenaan pada masa akan datang.

RM9 Juta Wang Rakyat Malaysia Didakwa Telah Diperas Ugut Oleh Polis Indonesia Di DWP

Menerusi satu ciapan dimuat naik di laman X (@Twt_Rave), pengguna media sosial ini mendakwa lebih 400 rakyat Malaysia di DWP 2024 telah menjadi mangsa peras ugut oleh pihak polis Indonesia.

Difahamkan jumlah kutipan tersebut adalah sekitar RM9 juta (32 bilion Rupiah Indonesia).

Malah mereka turut mendakwa bahawa kesemua daripada mereka turut ditahan beberapa jam sehinggakan ada yang ditunggu di hadapan hotel selepas mendaftar keluar untuk dibawa ke balai.

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen turut mendakwa ada yang terlepas tiket penerbangan pulang.

Pengunjung DWP 2024 Diminta Bayar Sekitar RM11,000 Hingga RM200,000 Seorang

Di media sosial, banyak protes dan rungutan yang dimuat naik oleh netizen berhubung kes ini.

Lebih mengejutkan lagi apabila anggaran wang yang diminta oleh pihak polis kepada tahanan mereka di DWP 2024 itu adalah sekitar RM11,000 dan mencecah sehingga RM200,000 seorang.

Penganjur DWP 2024 Bakal Siasat Kes Ini

Memetik laporan Tempo, penganjur DWP 2024 iaitu Ismaya Live meluahkan rasa kesal dengan pengalaman buruk yang terjadi kepada para pengunjung festival muzik berkenaan.

“Kami mendengar kebimbangan anda dan amat kesal dengan halangan dan kekecewaan yang dialami,” jelas Ismaya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu (18 Disember).

Walau bagaimanapun, pihak penganjur memaklumkan bahawa isu tersebut adalah di luar kawalan penganjur.

Ismaya Live kemudiannya mengesahkan isu dakwaan pemerasan oleh anggota polis Indonesia itu akan disiasat oleh pihak berkuasa.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan badan tadbir urus yang berkaitan untuk menyiasat secara menyeluruh apa sebenarnya yang berlaku dan memastikan tindakan sebenar diambil bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.