fbpx
Now Reading
“Macam Langit & Bumi” – Keadaan Perbezaan Jalan Di Sempadan Indonesia-Malaysia Raih Perhatian [Video]

“Macam Langit & Bumi” – Keadaan Perbezaan Jalan Di Sempadan Indonesia-Malaysia Raih Perhatian [Video]

Kelihatan berbezaan yang ketara kerana jalan masuk ke Malaysia yang terletak di Sarawak telah ditar sementara jalan di Indonesia masih bertanah merah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika setiap taman perumahan memiliki jiran di kiri, kanan, depan dan belakang, begitu juga dengan sesebuah negara yang turut berjiran dengan negara lain.

Seperti Malaysia, negara ini berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia dan Brunei, manakala sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.

Di Semenanjung Malaysia, sempadan darat Malaysia-Thailand terletak di negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Sempadan darat Malaysia-Indonesia pula ada di Sabah dan Sarawak, selain negeri Bumi Kenyalang itu turut bersempadan dengan Brunei.

Lelaki Indonesia dedah kondisi jalan di sempadan Indonesia-Malaysia

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan jalan di sempadan darat Indonesia-Malaysia.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang lelaki warga Indonesia menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya (@daeengg).

Dalam video tersebut, kelihatan dia menaiki motosikal melalui perkampungan di Desa Temajuk, Sambas, Kalimantan Barat.

Jalan tanah merah di Indonesia tak seperti Malaysia yang sudah menggunakan jalan tar

Sepanjang perjalanannya menuju ke sempadan Indonesia-Malaysia, jalan yang dilaluinya hanyalah tanah merah yang langsung tiada tar.

Setibanya dia di pintu sempadan Indonesia-Malaysia, jelas kelihatan berbezaan yang ketara kerana jalan masuk ke negara ini yang terletak di Sarawak menggunakan jalan tar.

Tidak hanya itu, sempadan Malaysia juga turut ditutupi dengan pagar dan memiliki pengawal dipercayai anggota imigresen yang menjaganya.

Netizen Indonesia akui jalan di sempadan Malaysia jauh lebih baik

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial daripada Indonesia mengakui bahawa keadaan jalan di sempadan Malaysia jauh lebih baik berbanding negara itu.

Malah, mereka turut meminta agar pihak yang bertanggungjawab melihat video terbabit dan melakukan perubahan yang sama seperti di Malaysia.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa pemerintah di republik itu seharusnya belajar daripada Malaysia mengenai cara memperkemas infrastuktur di daerah-daerah yang bersempadan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.