“Proton Very Stable No Cap” – Lelaki Selamba Tunjuk POV Mencilok & Drift Guna Proton Saga Di Pakistan [Video]
Video yang dikongsikan oleh lelaki dari Pakistan itu mendapat perhatian ramai orang, di mana rata-ratanya mengakui pengendalian (handling) daripada jenama Proton sememangnya stabil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Proton dan Perodua merupakan antara jenama kebanggaan rakyat Malaysia memandangkan kedua-dua syarikat kereta ini merupakan syarikat automotif nasional.
Ia sekali gus membuktikan kebolehan Malaysia untuk menjadi seperti negara-negara maju lain yang memiliki syarikat automotif tersendiri.
Bukan hanya di Malaysia, kedua-dua jenama ini turut dipasarkan di merata negara termasuklah di Eropah. Malah, orang luar negara turut gemar memanduinya.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Indonesia Di Malaysia Dedah Kenapa Pilih Untuk Miliki Proton Satria [Video]
Tular akaun media sosial papar lelaki di Pakistan seronok pandu Proton Saga
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu akaun Instagram @hishamspov yang memaparkan gelagat seorang lelaki memandu sebuah Proton Saga di Pakistan.
Lelaki yang dikenali sebagai Hisham itu sering memuat naik video dari sudut pandangannya (POV) semasa memandu Saga sambil melakukan pelbagai aksi yang agak ekstrem.
Video-video itu jelas membuktikan betapa teruja dan yakinnya lelaki terbabit untuk memandu sebuah kenderaan 100% buatan Malaysia.
Selamba mencilok dengan Proton Saga dalam keadaan laju
Dalam satu video yang dimuat naiknya pada seminggu lalu, kelihatan Hisham memandu Saga terbabit dalam keadaan laju sambil ‘mencilok-cilok’ di sebuah jalan raya yang dipenuhi kereta pada waktu malam.
Jelas, lelaki itu tanpa ragu-ragu dan penuh yakin mengemudi jentera terbabit, namun harus diingatkan bahawa tindakan memandu secara berbahaya sedemikian tidak wajar dicontohi apatah lagi di negara ini.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai orang, di mana rata-ratanya mengakui pengendalian (handling) daripada jenama Proton sememangnya stabil.
Jalan lurus pun Hisham drift guna Proton Saga
Bukan hanya menyelit dalam keadaan laju, Hisham turut memuat naik video-video yang memaparkan dirinya melakukan aksi ‘drift’ pada waktu siang dan juga malam.
Meskipun jalan yang dilaluinya itu hanya lurus, tetapi keadaan jalan yang lengang tanpa kenderaan membuatkan dia berani melakukan aksi terbabit.
Selain kecekapan Hisham dalam mengemudi, ‘handling’ Proton Saga yang tidak mudah hilang kawalan juga seharusnya diberikan pujian.
Pun begitu, sekali lagi kami ingatkan bahawa pemanduan sedemikian tidak sepatutnya dicontohi.
Artikel ini ditulis untuk membuktikan bahawa kualiti jenama Proton bukan hanya dipercayai di Malaysia, bahkan diyakini hingga ke luar negara.
Proton Saga di Pakistan adalah unit CKD dengan ada penambahan
Sekadar info, Proton Saga mula dipasarkan di seluruh Pakistan pada tahun 2021 yang lalu sebagai unit CKD.
Memetik Paultan, Proton Saga CKD yang ada di Pakistan telah menerima beberapa penambahan termasuk ‘stabiliser bar’, ‘arm rest’, extra pot pengecasan USB, penebat bunyi pada but belakang dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Minat Jenama Proton, Lelaki Di Britain Sudah Kumpul 6 Jenis Model
Baca Artikel Berkaitan: Proton Saga Black Night Juarai Pertandingan Kereta Klasik Di UK
Baca Artikel Berkaitan: