![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/Remaja-marah-ibu-kerana-tak-minta-mc-dari-doktor-720x420.jpg)
Remaja Sanggup Marahi Ibu Hanya Kerana Tidak Minta MC Daripada Doktor
Sikap tidak beradab remaja itu diceritakan sendiri oleh doktor yang merawat remaja berkenaan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang insan yang bergelar anak seringkali dinasihatkan agar sentiasa menghormati dan memberi layanan yang baik terhadap orang tua khususnya ibu bapa.
Ini kerana banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dalam membesarkan cahaya mata tersayang.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu khususnya remaja sudah hilang rasa hormat terhadap orang tua mereka.
Malah, ada yang sanggup meninggikan suara jika kemahuan atau permintaan mereka tidak dipenuhi. Walhal dalam Islam dan semua agama menekankan bahawa ibu bapa adalah individu yang sepatutnya dihormati.
Herdik Ibu Kerana Tidak Minta MC Daripada Doktor
Itulah yang dilakukan oleh seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun apabila dia sanggup mengherdik ibunya hanya kerana wanita itu tidak meminta sijil cuti sakit (MC) untuknya daripada doktor.
Sikap tidak beradab remaja itu diceritakan sendiri oleh doktor yang merawat remaja berkenaan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Jelas Dr Kamarul yang terkenal di media sosial, remaja itu serta ibunya datang berjumpa bagi mendapatkan rawatan sakit senggugut yang sedang dialami.
Remaja Sibuk Tengok Telefon Ketika Rawatan, Tidak Mahu Jawab Pertanyaan Doktor
Apa yang menjadi perhatian adalah sikap gadis itu yang tidak mengendahkan pertanyaan doktor tersebut ketika dia mula mendapatkan rawatan.
Cerita Dr Kamarul, remaja perempuan berkenaan tidak responsif soalannya sebaliknya hanya sibuk dengan telefon sebelum perbuatan itu ditegur oleh ibu remaja berkenaan.
Gadis itu kemudiannya hanya memberikan jawapan ringkas iaitu ‘senggugut’ dan terus menyambung melihat telefon pintarnya itu.
“‘Assalamulaikum, nak jumpa doktor ke tidak? Bak datang telefon tu.’ tegur saya sambil mengambil telefon pintarnya dari tangannya dan kemudian saya serahkan pada si emak.
“‘Ish mak ni! Jawabkanlah! Tak nampak ke orang tengah sibuk! Bak tang (datang) telefon tu!’” Saya tahu sudi siasat itu penting, tapi saya hanya teruskan pemeriksaan tanpa sebarang bicara kerana saya takut tak dapat kekang diri daripada meledakkan kemarahan. Luluh hati, bagai kaca terhempas ke lantai.
“Silap kita juga. Kalau ibu bapa lebih rapat dengan telefon pintar daripada dengan anak-anak, inilah hasilnya, generasi yang bertamadun tinggi tapi mundur peradaban,” tulis Dr Kamarul lagi.
Ibu Remaja Mohon Maaf Kerana Sikap Anak
Tidak hanya itu, si ibu terbabit turut memohon maaf atas perlakuan anaknya kepada Dr Kamarul.
“Saya dapat rasakan kekesalan dan kehampaan beliau melalui nada dan ketar suaranya.
“Gadis itu yang perlu tagih keampunan daripada emaknya. Apalah ertinya keampunan saya tanpa keampunan dari seorang emak,” ceritanya lagi.
Dengar Remaja Marah Ibu Di Kaunter Klinik
Lebih menyentuh hati, Dr Kamarul turut mendengar remaja berkenaan memarahi ibunya di kaunter klinik hanya kerana wanita itu tidak meminta MC.
“Mak kenapa tak mintakan MC, orang kan tak pergi sekolah tadi, ish (pekik remaja tersebut). Tiba-tiba kedengaran pekikan suara budak tadi di kaunter hadapan.
“Saya segera capai buku sijil cuti rehat. Sesungguhnya, sijil cuti itu saya beri bukan kerana gadis kecil itu layak, tapi saya tak sampai hati nak lihat si emak memohon.
“Sambil saya tandatangani sijil cuti sakit itu, air mataku bergenang. Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang sebelum kami dan juga yang bakal menggantikan kami,” kongsinya lagi.
"Assalamulaikum. Apa khabar? Sakit apa hari ini?" tanya saya. Krik krik krik…. Dua saat berlalu, pandangan gadis…
Posted by Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan on Thursday 19 December 2024
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Selama 3 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Ditahan Selepas Tikam Orang Awam Sebagai Latihan Untuk Bunuh Ibu Sendiri