Anak 6 Tahun Contohi Ibu, Rajin Bantu Datuk Uzur Tanpa Diminta [Video]
Menurut Salinah Umar membantu datuknya untuk baring di atas katil kerana enggan ibu berasa penat sebaik selesai memberi warga emas tersebut makan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu sentiasa dinasihatkan untuk melakukan kebaikan dan perkara ini bukan sahaja dapat mengandakan lagi ganjaran pahala bahkan boleh menjadi contoh yang baik khususnya kepada kanak-kanak.
Ini kerana, kanak-kanak yang sedang membesar sering menjadikan individu di sekelilingnya sebagai contoh untuk apa sahaja.
Oleh itu, tingkah laku serta sebarang tindakan yang dilakukan oleh individu dewasa perlulah baik agar perkara ini dapat membentuk anak-anak menjadi manusia berguna.
Kanak-kanak baru berusia 6 tahun bantu datuk selepas sering lihat contoh dari ibu
Baru-baru ini, seorang ibu turut meluahkan rasa sebak dan terharu apabila melihat tindakan anak lelakinya membantu datuk yang sedang uzur untuk baring di atas katil.
Meskipun baharu sahaja berusia 6 tahun, namun contoh yang baik dilihat setiap hari secara tidak langsung membuatkan si kecil ini melakukan tindakan murni dengan orang di sekelilingnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Salinah Delinah di TikTok, awalnya kelihatan bapa kepada Salina yang sudah uzur sedang duduk serta cuba untuk membaringkan dirinya di atas katil.
Menyedari pekara itu anak lelaki Salinah, Muhammad Umar Mukminin lalu secara spontan mengalih meja yang berada berdekatan untuk membantu datuknya baring di atas katil berkenaan.
Angkat kaki dan betulkan kedudukan datuk
Sebaik mengalihkan meja, kelihatan anak kecil itu mengangkat kaki datuknya naik ke atas katil sambil cuba untuk membetulkan kedudukan warga emas tersebut.
Kelihatan Umar menolak kaki datuknya beberapa kali ke bahagian tengah agar warga emas itu tidak terjatuh.
Selepas berjaya membetulkan kedudukan datuk, si kecil kemudian menarik semula meja yang terdapat makanan dan minuman untuk memudahkan orang tua tersebut mengambilnya.
“Ibu nampak klon ibu, dia baru je berusia 6 tahun. Ibu tak pernah ajar (anak untuk bantu datuk) tiba-tiba ibu tengok atok (datuk) dan baring. Tergerak nak periksa kamera litar tertutup (CCTV),” kata Salinah.
Tak nak ibu penat punca Umar bantu datuk
Jelas Salinah di ruang kapsyen, tindakan Umar itu mungkin disebabkan dia enggan ibu berasa penat dan langsung membantu datuknya untuk baring di atas katil selepas selesai menikmati makanan yang disediakan.
Awalnya Salinah menjelaskan dia berasa pelik bagaimana bapanya boleh terbaring dengan sendiri, namun sebaik memeriksa CCTV ia secara tidak langsung membuatkan dia bangga dengan Umar.
“Malaikat kecil (Umar) milik ibu, sayap utama ibu yang selalu bantu ibu, tak nak ibu penat. Atok dah sudah makan ibu tengok selesai semua kerja atok dah terbaring. Ibu pelik macam mana boleh baring sendiri, dia (Umar) kata ‘adiklah buat, adik dah pandai sekarang ibu’.
“Ibu check CCTV ya Allah, dia cuma 6 tahun jasadnya kecil tetapi jasanya besar, hatinya besar, kasih sayangnya besar,” kata si Ibu lagi.
Datuk diserang strok dan baru jalani pembedahan
Jelas Salinah kepada BuzzKini, bapanya itu mengalami strok pada dua tahun lepas dan baharu sahaja menjalani pembedahan buang hempedu.
Selain itu, Salinah juga memaklumkan ayahnya dilahirkan istimewa kerana kaki sebelah kanan lebih panjang berbanding kaki kiri dan menyebabkan dia sebelum ini terpaksa berjalan tempang dan memakai tongkat.
Tonton video di sini.
Ramai bangga dan ucap tahniah kepada ibu bapa
Melihat di ruangan komen, ramai yang bangga dengan tindakan yang ditunjukkan oleh Umar. Malah ada yang mengatakan anak yng hebat kerana didikan ibu bapanya sendiri.
Tidak kurang juga ada yang sebak melihat gelagat Umar dan mengucapkan tahniah kepada kedua ibu bapanya.