“Beri Inspirasi” – Mat Saleh Ini Puji Rakyat Malaysia, Tak Kekok Bertutur Lebih 1 Bahasa [Video]
Lelaki dari British dikenali sebagai Greg itu berkata rakannya di Kuching, Sarawak mampu berbahasa Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan juga Mandarin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum sedia maklum ikatan perpaduan di Malaysia tercetus apabila negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Setiap etnik juga mempunyai budaya dan adat mereka tersendiri.
Kelainan warisan budaya itu sekaligus membuatkan rakyat-rakyat berbilang bangsa ini dapat belajar tentang pemahaman setiap individu.
Selain tradisi yang unik, para penduduk juga terdedah dengan pelbagai bahasa yang tidak terhad kepada Bahasa Melayu sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dedah Realiti Sebenar ‘Budaya Malaysia’. Kedai Mamak Salah Satunya!
Lelaki Berasal Dari British Kagum Rakyat Malaysia Fasih Berbahasa Inggeris
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang warga British dikenali sebagai Greg Larcombe (@greggetseverywhere) mendedahkan budaya rakyat Malaysia.
Difahamkan Greg telah berhijrah ke negara ini sejak 2011 lalu. Menurut lelaki tersebut, dia telah menerima beberapa soalan daripada penduduk di United Kingdom (UK) yang mana mereka tertanya-tanya sama ada rakyat negara ini boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
Jelasnya kepada warga UK berkenaan, rata-rata penduduk Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan baik, bahkan segelintir daripadanya lebih fasih daripada penduduk di sana.
Ramai Warga Malaysia Mahir Bertutur Lebih Dari 1 Bahasa
Berbicara lebih lanjut tentangnya, Greg berkata dia lebih kagum dengan rakyat Malaysia yang mampu berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu bahasa.
“Melihat seseorang yang berada di Malaysia fasih bercakap guna Bahasa Inggeris, Melayu, dialek Cina adalah satu kebiasaan. Di Kuching misalnya, anda boleh jumpa penduduk berbahasa Iban dan Bidayuh dan banyak lagi bahasa lain.
“Sebagai contoh kawan saya, dia boleh berbahasa Inggeris, Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan mungkin sedikit Mandarin dengan sempurna. Sekurang-kurangnya lima bahasa dia boleh bercakap dengan mudah,” kata Greg.
Lebih mencuri perhatiannya apabila sesetengah individu boleh menggunakan pelbagai jenis bahasa dalam satu masa dengan amat mudah.
“Mereka (segelintir rakyat Malaysia) ubah bahasa lain jika nak bercakap dengan orang berbeza. Sangat menakjubkan dan beri inspirasi,” katanya.
Greg Puji Sistem Pendidikan Di Malaysia
Tambah Greg, kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tidak begitu terdedah kepada bahasa lain.
Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa ia tidak begitu penting, yang mana kebanyakan negara lain dilawati turut menggunakan bahasa sama.
“Ini menunjukkan betapa bagusnya sistem pendidikan di Malaysia dalam mengajar bahasa kedua, ketiga atau keempat. Di UK, saya rasa sistem pendidikan kami agak ketinggalan. Pada zaman saya, kami (pelajar) tak didedahkan dengan bahasa lain sehinggalah murid memasuki sekolah menegah.
“Paling sedih bagi saya, kalau tak didedahkan dengan bahasa kedua atau ketiga, nanti korang akan berdepan kesusahan pada masa hadapan untuk belajar bahasa baru. Macam saya contohnya, saya tinggal di Malaysia lebih sedekad tapi masih bercakap Bahasa Melayu macam orang gua,” jelasnya lagi.
Penggunaan Bahasa Yang Pelbagai Adalah Contoh Baik Untuk Ajar Anak Kecil
Di akhir perkongsian, Greg juga berkata bahawa pendedahan bahasa yang pelbagai mampu melahirkan generasi muda yang berkualiti.
“Malaysia adalah contoh terbaik untuk mengajar anak bertutur dengan pelbagai jenis bahasa,” ujar lelaki itu.
@greggetseverywhere The most common question I get from people in the UK: can Malaysians speak English? I’ll always give them the obvious answer, before going on to tell them just how much more advanced Malaysians are in general when it comes to language #malaysiatiktok #learninglanguages #speakingenglish #questionsigetasked #languages ♬ original sound – Greg Larcombe
Warganet Setuju Ramai Rakyat Malaysia Mampu Bertutur Lebih Daripada 1 Bahasa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan Greg.
“Kanak-kanak di Malaysia mula belajar Bahasa Arab seawal umur lima tahun di tadika dan teruskan mempelajarinya di sekolah rendah seiring dengan Bahasa Inggeris,” ujar seorang wanita.
Malah segelintir individu juga berasa pelik dengan mentaliti sesetengah warga barat yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia masih mundur.
“Kenapa sesetengah penduduk di Europe masih ada pemikiran primitif (kolot)? Kami ada semuanya di sini. Malah, kami lebih baik dari segi pertuturan daripada kebanyakan korang semua (warga barat),” kata seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: “I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Di China Teruja Tonton Rakyat Malaysia Buat Tarian Tradisional, Siap Join Menari [Video]