fbpx
Now Reading
“Fuh Siap Tarik Sambil Duduk” – Ramai Kagum Lihat Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Cindai [Video]

“Fuh Siap Tarik Sambil Duduk” – Ramai Kagum Lihat Wanita Berbangsa India Nyanyi Lagu Cindai [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Vinothini itu juga pandai membawakan lengok di dalam lagu Cindai sama seperti Siti Nurhaliza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, mustahil jika masih ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali penyanyi wanita nombor satu negara ini.

Malah, lagu-lagu nyanyian Biduanita Negara ini juga sehingga kini masih ada yang mendengari dan menyanyikannya, bak peribahasa ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

Apa yang lebih mengagumkan, Siti Nurhaliza bukan hanya diminati oleh masyarakat Melayu sahaja, malah rakyat Malaysia pelbagai bangsa turut meminati dan tahu lagu-lagu nyanyianya.

Tular wanita berbangsa India nyanyi lagu Cindai

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita berbangsa India yang dikenali sebagai Vinothini menyanyikan salah satu lagu popular nyanyian Siti Nurhaliza iaitu Cindai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Vinothini (@vno_2703), kelihatan dia mendendangkan lagu bergenre pop etnik itu dengan bersahaja sambil duduk di atas sofa.

Perkara ini jelas menunjukan bahawa lagu nyanyian Siti itu turut didengari oleh bangsa lain, bahkan ada di antara mereka yang meminatinya.

Nyanyi dengan lenggok seperti original, suara pun sedap

Dalam video sama, kelihatan Vinothini juga pandai membawakan lenggok di dalam lagu tersebut sama seperti penyanyi asal.

Hanya berbekalkan speaker telefon yang memasang lagu Cindai versi karaoke (minus one), Vinothini telah berjaya membuat ramai orang terpukau dengan kemerduan suaranya.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi hampir 1.56 minit itu telah meraih lebih 423,000 tontonan dan sekitar 40,000 tanda suka di TikTok.

Ramai puji kemerduan suara Vinothini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji kemerduan suara Vinothini yang menyanyikan lagu Melayu Tradisional itu.

Malah, ada yang berasa kagum kerana wanita terbabit berjaya membawakan lagu berkenaan dengan penuh tenang meskipun nada lagu berkenaan agak tinggi dan ramai yang tidak mampu menyanyikannya.

Ada juga yang meminta agar Vinothini membuat lebih banyak lagi video dirinya menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.