Ramai Seronok Lihat Sekeluarga Sempoi Menari Zapin Di Majlis Perkahwinan [Video]
Menerusi video, kelihatan pakcik dan makcik pengantin sangat supporting apabila turut melakukan tarian zapin bersama-sama untuk memeriahkan majlis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tarian zapin merupakan salah satu budaya dan tradisi orang Melayu yang akan sentiasa menjadi ikutan sehingga ke hari ini.
Malah langkah tari yang unik dan lemah gemalai membuatkan ramai yang suka melihat tarian ini kerana ia tidak mudah untuk dilakukan.
Apa yang lebih menarik, ada segelintir pihak sanggup untuk membayar kumpulan penari untuk membuat persembahan tarian tradisional ini sewaktu melakukan beberapa acara.
Satu keluarga menari zapin ketika majlis perkahwinan
Baru-baru ini, sebuah keluarga telah menarik perhatian tetamu yang hadir serta pengguna media sosial apabila melakukan tarian zapin di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Tari_iramatarismar di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki berbaju putih lengkap memakai samping telah membuka langkah tari sebaik lagu Pantun Budi dipasangkan.
Malah sebaik lagu dinyanyikan kelihatan lelaki tersebut bergerak ke hadapan seperti menuju ke arah pasangan pengantin.
Selepas beberapa saat menari, tidak lama kemudian mengajak ahli keluarga lain untuk turut serta menyertainya.
Pakcik dan makcik tak lepas peluang untuk turut serta
Kelihatan beberapa individu yang dipercayai pakcik dan makcik kepada pengantin tampil untuk menari zapin bersama-sama.
Apa yang lebih menarik, mereka turut menjemput pengantin lelaki untuk turut serta menyertai tarian tersebut.
Meskipun awalnya kelihatan seperti malu-malu namun sebaik pengantin lelaki membuka langkah kelihatan dia juga mahir dalam tarian berkenaan.
Bukan hanya itu, mereka juga turut membuat seperti ‘battle’ dengan pengantin lelaki sewaktu membuat tarian terbabit.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji ahli keluarga berkenaan kerana mereka begitu bersahaja sewaktu melakukan tarian zapin.
Ada juga yang menyifatkan majlis itu menjadi meriah apabila tarian tradisional dibawa dalam satu majlis perkahwinan.
Tidak kurang ada yang mengatakan tarian zapin yang dipersembahkan keluarga tersebut adalah Zapin Pekajang yang digabungkan dengan Zapin Tanjung Labuh.