fbpx
Now Reading
“Saya Sendiri Mau Masuk Islam” – Wanita Berusia 101 Tahun Ucap Syahadah Selepas Didakwah Anak Mualaf

“Saya Sendiri Mau Masuk Islam” – Wanita Berusia 101 Tahun Ucap Syahadah Selepas Didakwah Anak Mualaf

Difahamkan, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong membantu wanita itu untuk mengucap lafaz syahadah dalam bahasa Arab dan disusuli dengan terjemahan maksudnya di dalam dialek Kantonis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2024/10/16/bekas-ketua-jurulatih-persatuan-bola-sepak-pulau-pinang-peluk-islam-di-indonesia-video/

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentu kita mengalu-alukan individu lain yang berminat untuk mendekati agama suci ini.

Malah, Islam sendiri tidak pernah memaksa apatah menghalang seorang ‘non-Muslim’ untuk mempelajari dan mendalami ilmu tentang agama ini secara seikhlas hati.

Hidayah yang diberikan oleh Allah SWT itu boleh datang dalam pelbagai cara, bahkan Maha Esa memberikannya tanpa mengira usia.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Peluk Islam, Mualaf Terima Banyak Sokongan Dari Orang Ramai [Video]

Wanita berusia 101 peluk Islam

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang wanita warga emas berusia 101 tahun memeluk Islam pada Sabtu lalu (21 Disember) di Shah Alam, Selangor.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Difahamkan, Firdaus membantu wanita itu untuk mengucap lafaz syahadah dalam bahasa Arab dan disusuli dengan terjemahan maksudnya di dalam dialek Kantonis.

Peluk Islam setelah bertahun-tahun didakwah anak yang juga seorang mualaf

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapat hidayah untuk memeluk Islam setelah bertahun-tahun menerima dakwah daripada anaknya yang juga seorang mualaf dikenali sebagai Datuk Mohd Daud Leong.

“Saya dihubungi sahabat saya yang merupakan seorang peguam, Datuk Mohd Daud Leong untuk membantunya mengIslamkan ibunya yang telah dia dakwahi selama ini.

“Setelah bertahun-tahun lamanya Dato Mohd Daud Leong berdakwah kepada ibunya, akhirnya ibunya bersetuju untuk menerima dan memeluk agama Islam,” katanya.

Tiada paksaan, rela hati peluk Islam

Sebelum mengajar wanita berkenaan mengucap dua kalimah syahadah, Firdaus telah bertanya kepada warga emas terbabit sama ada anaknya ada memaksanya untuk memeluk Islam.

“’Aunty, ada Chai Chai (panggilannya kepada anaknya) paksa aunty masuk Islam ke?’ Saya cuba mendapatkan pengesahan kerana tiada paksaan memeluk Islam.

“Aunty menjawab dengan tenang, ‘takda lah, mana ada (paksa), saya sendiri nak masuk Islam’. Senang hati saya mendengar jawapan dari aunty,” katanya lagi.

Anak terus peluk and cium mak, gembira ibu turut peluk Islam

Menurutnya lagi, selepas selesai warga emas itu memeluk Islam, anaknya terus memeluk dan mencium ibunya.

“Ya saya faham perasaan itu, seolah-olah saya mengimbas kembali pada 2019 ketika mengIslamkan ibu saya sendiri.

“Anak mana yang tidak mahu melihat ibu bapa mereka turut memeluk Islam dan bersama mereka di Jannah. Mereka hanya mampu menyampai dan mengajak tetapi tidak boleh sesekali memaksa,” ujar Firdaus.

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Mak Kamu” – Kisah Mualaf ‘Muka Gangster’ Peluk Islam Direstui Ibu, Siap Teman Ke Masjid Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.