fbpx
Now Reading
“Sayu Hati Dengar” – Bacaan Al-Quran Kanak-kanak 12 Tahun Curi Perhatian Ramai [Video]
kanak-kanak baca al-quran dengan merdu

“Sayu Hati Dengar” – Bacaan Al-Quran Kanak-kanak 12 Tahun Curi Perhatian Ramai [Video]

Kanak-kanak dikenali sebagai Aqeef itu dilihat membaca surah An-Nur ketika majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke-15 sesi 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, setiap umat Islam dituntut untuk membaca al-Quran. Justeru, ramai di kalangan ibu bapa yang sudah mendidik anak membaca kitab suci itu sejak usia muda lagi.

Sebelum ini, seorang pelajar berusia tujuh tahun meraih perhatian ramai selepas berjaya menghafal beberapa potongan surah Al-Mulk.

Meskipun tidak dapat menghafal keseluruhan surah tersebut, namun dia dilihat berusaha sepenuhnya untuk membaca surah berkenaan tanpa melihat al-Quran. Dia juga meminta gurunya untuk membuat pemeriksaan ketika membaca surah terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Pelajar Berusia Tujuh Tahun Hafal Surah Al-Mulk

Kanak-kanak 12 Tahun Baca Surah An-Nur Di Majlis Konvokesyen

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Afnan (@afnanhamimi81) berkongsi situasi semasa majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke-15 sesi 2024 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Sewaktu majlis graduasi itu dijalankan, seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Aqeef sedang membaca potongan al-Quran daripada surah An-Nur.

Aqeef yang berumur 12 tahun dari Sekolah Rendah Tengku Budriah itu dilihat mengalunkan bacaan kitab suci al-Quran dengan sangat merdu dan fasih. Sekali dengar macam orang dewasa pun ada.

“Meremang bulu roma dengar bacaan adik Aqeef ni! Korang cuba dengar sampai habis,” kata Afnan di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Aqeef juga pernah menjadi juara dalam sebuah pertandingan nasyid peringkat sekolah rendah di Perlis.

@afnanhamimi81 Meremang bulu roma dengar bacaan Adik Aqeef ni! Hampa try dengaq sampai habis! #pastimalaysia #konvokesyenpasti2024 ♬ original sound – Afnan Hamimi

Ramai Puji Suara & Taranum Aqeef Yang Merdu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Aqeef yang mempunyai bakat membaca al-Quran dengan lunak dan merdu itu.

“Lain macam umur macam ni dah boleh baca al-Quran level Qari antarabangsa. Just wow,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga memuji ibu bapa dan guru Aqeef yang mendidik dan membimbingnya hingga berjaya membaca al-Quran dengan lancar serta penuh tajwid.

“Alhamdulillah. Tahniah Aqeef, ibu bapa, ustaz dan ustazah. Semoga Allah SWT mengizinkan Aqeef menjadi Qari terbaik satu hari nanti,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mendoakan kejayaan berpanjangan buat Aqeef pada masa hadapan.

“Bagus adik Aqeef. Semoga jadi bergelar Hafiz satu masa nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@afnanhamimi81)

7 Tips Didik Anak Baca Al-Quran

Buat mereka yang bergelar ibu bapa, adalah penting untuk mendedahkan ilmu bacaan al-Quran kepada anak-anak. Lebih awal mereka dididik, lebih cepat mereka dapat ‘tangkap’ dan fasih dengan setiap tajwid.

Di sini kami kongsi beberapa tips golongan ibu bapa boleh cuba untuk mengajar anak membaca al-Quran. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Ibu bapa perlu niat mendidik anak kerana Allah SWT
  • Memilih waktu yang sesuai agar anak sentiasa disiplin dan tak ponteng baca al-Quran
  • Bagi mereka mendengar dan menghafal huruf asas ketika di fasa permulaan
  • Ulang ayat al-Quran beberapa kali sehingga mereka hafal
  • Menguji hafalan anak-anak setiap kali habis membaca
  • Beri pujian dan ganjaran sejurus anak selesai membaca kitab suci
  • Jangan benarkan anak bermain dengan gajet ketika membaca al-Quran

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dilatih Sejak Lahir, Bayi Ini Boleh Sambung Bacaan Surah Lazim Al-Quran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.