fbpx
Now Reading
Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Raih Pujian [Video]

Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Raih Pujian [Video]

Difahamkan, Hilmi sekeluarga telah tinggal dalam kereta Perodua Bezza selama tiga bulan lebih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sudah namanya manusia, pasti tidak lari dari dugaan atau cabaran dalam kehidupan.

Bagi setengah individu, ada yang berpendapat ujian yang dihadapi oleh orang lain dianggap amat berat dan begitu juga sebaliknya.

Namun, dari situasi sebeginilah dapat dilihat sikap dan layanan sebenar orang ramai buat mereka yang sedang dilanda kesusahan.

Ini kerana setiap orang disarankan agar sentiasa berbuat baik dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Keluarga 7 Beranak Tinggal Dalam Kereta Lepas Kena Scam Dengan Tuan Rumah

Itulah yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong apabila dia menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang dilanda kesusahan.

Steven yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang bertindak sedemikian selepas dia mendapat aduan berhubung keadaan sebuah keluarga tujuh beranak itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya @stevensimck, dapat dilihat keluarga terbabit menjadikan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru sebagai kediaman mereka.

Bercerita dengan lebih lanjut kepada Steven, lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu menjelaskan dia terpaksa menjadikan kenderaan tersebut sebagai rumah buat isteri dan anak-anaknya selepas mereka ditipu oleh seorang individu setelah membayar deposit rumah sewa.

“Kitaorang dah bayar deposit rumah sewa, lepas itu kita kena halau. Surat report polis ada, semua ada,” ceritanya.

Difahamkan, Hilmi sekeluarga telah tinggal dalam kereta tersebut selama tiga bulan lebih.

Cermin Kereta Pecah, Ada Yang Tidur Dalam Bonet Kereta

Apa yang lebih menyentuh hati adalah ada di antara anak-anak Hilmi yang berusia dari dua hingga sembilan tahun itu terpaksa tidur di dalam bonet kereta.

Malah, dapat dilihat kereta Bezza tersebut berada dalam keadaan usang selepas cermin belakang serta sisi pecah dan hanya dibalut menggunakan kain putih.

Jelas Hilmi yang berasal dari Kelantan itu lagi, dia yang datang ke Pulau Pinang untuk bekerja sebagai pemandu lori kini hanya boleh bekerja sebagai penghantar barang kerana tidak sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya sendirian.

Bayarkan Sewa Rumah Selama Setahun & Bantu Dapatkan Kerja

Simpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan, Steven membantu Hilmi sekeluarga mendapatkan rumah baru lengkap dengan perabot buat mereka.

Dapat dilihat anak-anak Hilmi teruja dan seronok apabila melangkah masuk ke rumah baharu mereka itu.

Malah, Steven juga akan membayar sewa rumah berkenaan sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh setahun untuk meringankan beban Hilmi sekeluarga.

Tidak hanya itu, dia turut membantu Hilmi mendapatkan kerja sebagai pemandu lori serta menyambung persekolahan anak-anak Hilmi selain memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 bagi menampung perbelanjaan sementara menanti gaji yang baharu.

Dapat dilihat Hilmi serta isterinya, Yani sedih dan mengalirkan air mata ketika menerima bantuan terbabit.

Hilmi merantau jauh dari Kelantan ke Penang demi mencari sesuap nasi buat isteri dan 5 orang anak kecil. Anak yang…

Posted by Steven Sim Chee Keong 沈志强 on Sunday 22 December 2024

Ramai Puji Steven Sim Bantu Keluarga 7 Beranak

Video yang telah mendapat lebih empat juta tontonan serta turut dikongsikan di Facebook Steven nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, hampir kesemua mereka memuji tindakan dan layanan Steven terhadap keluarga itu tanpa mengira latar belakang.

Tidak kurang ada juga yang memberi cadangan cara untuk membantu mereka yang dilanda kesusahan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Bagi Rumah, Bayarkan Sewa Setahun, Dapat Duit Belanja, Siap Dapatkan Kerja Lagi, Terbaik”

“Saya Kenal Abang Ini, 10 Tahun Lepas Owner Kedai Tomyam, Tak Tahu Apa Ujian Menimpa Sampai Terpaksa Tutup”

“Macam Ini Kita Sokong, Politik Tolak Tepi”

“Banyak Kuarters Guru Terbiar, Kalau Boleh Dimanfaatkan Untuk Masyarakat Rasanya Lebih Baik”

“Terbaik YB, Bantu Tanpa Mengira Agama & Bangsa”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.