fbpx
Now Reading
Remaja 16 Tahun Bagi Talk Dengan Penuh Karisma Tentang Teknik Public Speaking Raih Pujian [Video]

Remaja 16 Tahun Bagi Talk Dengan Penuh Karisma Tentang Teknik Public Speaking Raih Pujian [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah aksi dan gaya percakapan remaja yang dikenali sebagai Syazlan langsung tidak menggambarkan dirinya yang berusia 16 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanyalah kepada mana-mana individu khususnya golongan remaja atau kanak-kanak, jika diminta untuk bercakap di hadapan orang, pasti ramai yang akan menolak.

Ini kerana majoriti daripada mereka akan berasa malu dan tiada keyakinan untuk bercakap di khayalak ramai.

Malah, ada yang menganggap kemahiran bercakap adalah satu anugerah dan hanya dimiliki oleh orang tertentu.

Dek kerana keistimewaan inilah ada di antara mereka yang dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi ilmu terbabit.

Remaja Umur 16 Tahun Dah Pandai Bagi Talk

Peluang sama turut terhidang buat seorang pelajar sebuah sekolah menengah apabila dia dijemput menjadi penceramah tentang teknik pengucapan awam (public speaking).

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aimah510, pengguna berkenaan berkongsikan aksi pelajar tingkatan empat itu memberi ceramah di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 20 Disember lalu.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat remaja yang dikenali sebagai Muhamad Syazlan Putra bin Sazli sedang bercakap di hadapan murid sekolah rendah tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah aksi dan gaya percakapan Syazlan langsung tidak menggambarkan dirinya yang berusia 16 tahun sebaliknya memperlihatkan dia seperti seorang dewasa.

“Baru tingkatan empat dah bagi talk,” tulis pengguna berkenaan.

Mahu Pelajar Pandai Bercakap Supaya Tidak Dipandang Rendah

Apa yang turut menjadi perhatian adalah Syazlan menerusi video tersebut berpendapat seorang pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk bercakap agar tidak dipandang rendah oleh orang lain.

“Bila orang lihat kita, bila orang tengok students (pelajar), orang akan pandang enteng pada kita.

“Orang akan kata bahawa kita ni budak hingusan, kita tak  ada jati diri, tak ada banyak pengalaman.

“Tapi bila kita pandai bercakap, kita pandai artikulasi bahasa, kita pandai menjawab soalan, orang akan lihat kita, orang akan ambil kita dengan lebih serius,” kata Syazlan.

Difahamkan, remaja lelaki berkenaan dijemput sebagai Pemudahcara Bengkel Pengucapan Awam sekolah rendah terbabit.

Malah sebelum ini, Syazlan pernah menjadi perhatian apabila memberi ucapan kepada pelajar tingkatan empat ketika sesi ‘roll call’ sekolahnya tentang vape.

@aimah510

Alhamdulillah..sedang menyusuri titian perjalanan yang bernama pengalaman. Tahniah anakanda MUHAMAD SYAZLAN PUTRA BIN SAZLI dari 4 Akaun dan ADIK NUHA FARIESA BINTI MOHD KHISAMUDDIN dari 3 Zahra yang dijemput sebagai Pemudahcara Bengkel Pengucapan Awam di SK Sg Bakap pada 20.12.2024. Semoga menjadi pemangkin ke arah masa depan yang lebih gemilang. #abc #pengucapanawam #abcsmksn

♬ original sound – noorisa – noorisa
@aimah510

Habis semua terdiam bila MUHAMAD SYAZLAN PUTRA BIN SAZLI berucap. Tahniah anakanda Syazlan dan tahniah juga anak didik SMKSN yang tahu menjaga adab di dalam majlis. #abcsmksn #smkserinibong

♬ original sound – noorisa – noorisa

Ramai Puji & Kagum Gaya Bersahaja Syazlan

Video yang telah mendapat lebih 173,000 tontonan dan dikongsikan di platform X itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dan memuji kehebatan pelajar berkenaan yang dilihat bersahaja dan langsung tidak kekok bercakap di hadapan orang ramai.

Tidak hanya itu, ada yang menganggap Syazlan sebagai bakal pemimpin di masa hadapan disebabkan gaya percakapannya itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Semoga Ramai Lagi Anak Muda Kita Macam Adik Ni. Student Saya Pun Present Slide Pegang Phone”

“Inilah Namanya Soft Skill, Skill Yang Lebih Berguna Dari Result Pointer”

“Alhamdulillah, Terima Kasih Ustazah & Syazlan Sudi Datang Sekolah Kami, Banyak Sangat Input Berguna”

“Bakal Pemimpin Satu Hari Nanti”

“Ingatkan Orang Dewasa, Rupanya Budak Sekolah Lagi, Ciri-Ciri Nak Memimpin Tu Dah Nampak”

“Terbaiklah Adik Ini, Sangat Berbakat”

Baca Artikel Berkaitan: ‘Grammar Dia Power’- Surat Cinta Budak Darjah Empat Tarik Perhatian Netizen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Kanak-Kanak Belajar Bahasa Tamil Sendiri Guna Aplikasi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.