fbpx
Now Reading
Pemain Bola Sepak Didakwa Tumbuk Pihak Lawan Ketika Perlawanan [Video]

Pemain Bola Sepak Didakwa Tumbuk Pihak Lawan Ketika Perlawanan [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan juri melayangkan kad kuning dan merah kepada pemain jersi merah yang memakai nombor 23 selepas dia dipercayai menumbuk pihak lawan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bola sepak merupakan salah satu sukan yang sering diminati oleh rakyat Malaysia. Malah tak dinafikan kebanyakan daripada peminatnya mempunyai kelab bola sepak yang disukainya di dalam negara mahupun antarabangsa.

Namun sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes keganasan yang berlaku membabitkan pemain bola sepak sama ada ketika sedang beraksi mahupun di luar padang.

Perkara ini adakalanya membimbangkan orang ramai ini kerana bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang sihat untuk bersaing dan bukan sebaliknya.

Pemain bola sepak bertindak tumbuk pihak lawan ketika di atas padang

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan tindakan pemain bola sepak dari sebuah kelab yang didakwa bertindak ganas terhadap pihak lawan.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan pemain memakai jersi merah putih sedang cuba untuk mengambil bola.

Nak ambil semula bola sebelum bertindak untuk tumbuk pemain jersi biru

Pihak lawan yang memakai jersi biru berjaya mencuri bolanya dan membuatkan pemain berbaju merah segera berlari untuk mendapatkan semula bola berkenaan.

Menyedari perkara ini pemain jersi biru segera memberikan bola tersebut kepada rakan kumpulannya namun dalam masa sama kelihatan pemain jersi merah dipercayai seperti sempat menumbuknya.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh pengulas ketika insiden berlaku, malah kelihatan pemain jersi biru bernombor 10 dilihat terjatuh di tepi gelanggang bola sepak terbabit.

Pengadil layang kad merah kepada pemain

Susulan daripada insiden tersebut, pihak pengadil kemudiannya melayangkan kad kuning dan merah terhadap pemain yang memakai nombor 23 dari jersi merah berkenaan.

Perkara itu turut membuatkan keadaan di antara pemain menjadi sedikit kecoh dan pasukan jersi biru cuba untuk menenangkan rakannya yang didakwa telah ditumbuk oleh pihak lawan.

Ramai tak puas hati cara pemain jersi merah kerana menggunakan kekerasan

Melihat di ruangan balas terdapat beberapa video yang juga dikongsikan oleh orang ramai mendakwa selain kes tumbukan itu, kumpulan jersi merah juga ada melakukan kekasaran lain ketika di atas padang.

Video memaparkan keganasan kumpulan tersebut bermain turut mengundang perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara mereka bermain.

Bukan hanya itu, ramai juga yang menyifatkan pemain yang bertindak menumbuk pihak lawan tersebut sebagai seorang yang tidak pandai bermain bola sepak.

Ada juga mengatakan tindakannya itu turut menganggu ‘momentum’ pemain lain untuk beraksi dalam perlawanan.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun kelab kumpulan jersi merah berhubung isu tersebut.

Menerusi carian kami didapati kelab bola sepak jersi merah itu juga telah ‘private’ akaun Instagram mereka.

Berikut adalah komen daripada orang ramai:

“Kenapa organizer tak boikot je team ni. Memalukan”

“Pergi masuk muay thai lah nak bertumbuk bagai. Macam menang 100k sorang je”

“Soalan serius, kenapa tak buat laporan polis?”

“Seriously kad kuning je? Nasib baik kad kuning kedua jadi dapat la juga kad merah. Tapi kalau dah macam tu sepatutnya terus kad merah je”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.