fbpx
Now Reading
“Penting Ada Pemadam Api”- Kereta Terbakar Selepas Kemalangan, Ramai Simpati Dengan Wanita Ini [Video]

“Penting Ada Pemadam Api”- Kereta Terbakar Selepas Kemalangan, Ramai Simpati Dengan Wanita Ini [Video]

Menerusi video yang tular, kelihatan seorang pemandu pancuan empat roda cuba untuk membantu dengan menyembur alat pemadam api ABC pada Toyota Vios tersebut namun gagal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan apabila berlaku kemalangan, ramai yang akan berasa panik, takut atau tidak tahu apa yang ingin dilakukan.

Insiden yang berlaku dalam sekelip mata membuatkan ramai terkejut sehingga tidak mampu berfikir secara rasional.

Pemandu dilihat tenang cuba kawal keadaan lepas terbabas

Namun berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia dilihat cuba untuk bertenang meskipun melihat keadaan kereta Toyota Vios yang dipandunya mengalami kerosakan selepas kemalangan sewaktu memandu di sebuah lebuh raya berhampiran Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorangg pengguna di TikTok dari dalam bas, awalnya kelihatan seorang wanita berada di lebuh raya sedang membuat panggilan mungkin sedang cuba melaporkan keadaan yang berlaku.

Meskipun baru sahaja berdepan detik cemas, namun kelihatan wanita itu juga cuba untuk mengawal keadaan lalu lintas untuk meminta kenderaan lain jalan menggunakan laluan sebelah kanan.

Kelihatan api kecil mula naik membakar kereta Vios

Namun sewaktu dia cuba mengawal lalu lintas, kelihatan api kecil mula merebak membakar Toyota Vios berkenaan.

Melihat keadaan itu, wanita terbabit kemudian berjalan menuju ke arah bas dan cuba untuk mendapatkan bantuan dan memaklumkan tiada individu berada dalam kenderaan berkenaan.

Sebaik menerima laporan dari wanita itu, kedengaran seorang lelaki menghubungi pihak bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan memadamkan api pada kereta.

Pacuan empat roda cuba guna alat pemadam api untuk kawal api dari terus marak

Tidak lama selepas itu seorang pemandu kereta pacuan empat roda tampil cuba untuk memadamkan api dengan membawa alat pemadam api. Namun alat pemadam yang dibawa itu sukar untuk memadamkan api yang marak.

Ekoran daripada itu, kereta itu tidak dapat diselamatkan apabila api semakin marak membakar separuh daripada badan kenderaan dan asap hitam mula meliputi kawasan terbabit.

Pengguna yang berada di kawasan tersebut bagaimanapun tidak dapat melalui kawasan itu dan terpaksa menunggu sehingga keadaan selamat.

Ramai simpati dengan nasib menimpa pemandu, sifatkan penting untuk simpan alat pemadam api dalam kereta

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang simpati dengan nasib menimpa wanita berkenaan dan menyifatkan dia kelihatan takut namun cuba mengawal perasaannya.

Dalam masa sama ada menyoal mengapa bas itu tidak mengeluarkan alat pemadam api yang kebiasaannya ada pada kenderaan awam. Ini kerana pengusaha bas persiaran dan bas ekspress perlu menyediakan alat pemadam api dan peti ubat kecemasan.

Mengikut kod Amalan Industri SPAD–Keselamatan Untuk Pengendali Bas (S.P.A.D. ICOP – Keselamatan Bas), setiap pengendali bas berlesen dan pekerja hendaklah memberikan keutamaan paling tinggi kepada keselamatan penumpang dan memastikan bas itu disenggarakan dalam keadaan baik.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan setiap kenderaan perlu mengetahui kepentingan untuk menyimpan alat pemadam api.

“Kesiannya perempuan tu, mesti mengigil teruk. Semoga dipermudahkan sis!”

“Sebab tu pentingnya letak pemadam api dekat kereta”

“Tenangnya akak tu kalau aku dah tak tahu nak buat apa”


Apa perlu dilakukan jika kenderaan terbakar

Sesiapa yang melalui detik cemas ini pasti tidak tahu apakah tindakan lanjut yang perlu untuk dilakukan. Mana tidaknya apabila lihat kereta mula mengeluarkan api pasti perkara pertama yang difikirkan adalah selamatkan nyawa.

Sebenarnya kenderaan boleh terbakar disebabkan pelbagai perkara sebagai contoh kemalangan, memandu sambil merokok, barangan elektronik terbakar, pemetik api, aksesori kereta serta banyak lagi.

Namun ini antara perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko seperti:

  • Memperlahankan kenderaan dan memberhentikannya di bahu jalan.
  • Matikan enjin kereta, tarik brek tangan dan tukar gear kepada P. Bagi yang membawa kenderaan manual pastikan anda tukar kepada ‘free gear’.
  • Tanggalkan tali pinggang dan minta semua yang berada dalam kenderaan untuk keluar.
  • Buka semua pintu kereta atau tingkap untuk memudahkan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan anda.
  • Tendang pintu atau pecahkan cermin jika pintu tak boleh dibuka untuk agar anda tidak terhidu asap yang bahaya.
  • Berada jauh dari kenderaan yang terbakar sekurang-kurangnya 30 meter.
  • Hubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan segera.
  • Gunakan alat pemadam api jika dapat mengesan sumber api dan berdiri di jarak yang bersesuaian.
  • Jangan buka bonet mahupun but kereta jika kebakaran berpunca dari arah berkenaan. Oksigen yang hadir boleh membuatkan api lebih besar membakar kenderaan.
Foto: Pixels

Selain itu, menurut Carsome anda juga perlu mengetahui alat pemadam api manakah yang sesuai untuk digunakan.

Sebagai contoh alat pemadam jenis ABC seberat 1 kilogram adalah antara yang sesuai untuk digunakan pada kereta. ABC 2kg pula sesuai untuk kenderaan besar antaranya lori tiga tan.

Cara untuk menggunnakan alat pemadam api ABC ini adalah:

  • Tong alat pemadam api mesti digunakan dalam keadaan tegak.
  • Pastikan berdiri pada jarak 1.5 meter dari punca api serta jangan melawan arah angin.
  • Elak berada terlalu dekat.
  • Cabut pin pada bahagian pemegang.
  • Tekan tuil pada bahagian atas.
  • Layangkan nozel alat pemadam api dari kiri ke kanan berulang kali sehingga api dapat dipadamakan.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.