Ramai Sebak Lihat Pengantin Wanita Luah Syukur Ada Bapa Hebat Ketika Majlis Perkahwinan [Video]
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan si bapa cuba menahan sebak sewaktu membaca setiap nota-nota yang ditulis oleh anaknya sewaktu majlis persandingan berlangsung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan dari kita pasti akan sebak setiap kali teringatkan pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dalam membesarkan anak-anak.
Meskipun apa yang dilakukan adalah tanggungjawab sebagai ayah, namun keihklasan dalam setiap pengorbanan itu membuatkan dia mempunyai tempat yang istimewa di hati setiap anak-anak.
Bukan hanya itu, anak-anak juga menjadi saksi kepada penat jerih mereka dalam memberikan keselesaan dan kebahagian kepada keluarga.
Anak bangga luah ada ayah yang hebat menerusi nota ketika majlis perkahwinan
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ayah yang hebat sewaktu majlis perkahwinannya sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Maira di TikTok, awalnya kelihatan dia yang sedang berdiri di atas pelamin lengkap dengan busana pengantin sedang memegang satu nota di atas buku atau plakad yang membawa mesej indah untuk ayahnya.
Dalam video tersebut tertera pada nota tersebut Maira mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana menjadi seorang bapa yang hebat untuknya.
“Terima kasih juga sudah menjadi ayah terhebat untuk kakak. Sedewasa apapun kakak, kakak tetap perlukan ‘ayah’.
“Saya akan sentiasa menjadi puteri untuk ayah,” tulis Maira pada nota tersebut.
Wajah ayah sebak baca luahan anak
Sewaktu membaca setiap luahan diberikan oleh si anak, kelihatan wajah ayah Maira sebak menahan air matanya.
Sebaik selesai memaparkan setiap luahan isi hatinya, Maira kemudian meletakkan nota terbabit di atas kerusi pelamin dan berjalan ke arah bapanya untuk memeluk sosok tubuh cinta pertamanya itu.
Turut kelihatan suami Maira yang duduk di atas pelamin menyeka air matanya kerana sebak melihat dua beranak itu.
“My ‘Rahsia Tuhan’ adalah apabila mempunyai lelaki yang terbaik seperti awak menjadi ayah saya. Terima kasih ayah,” ucapnya lagi di ruang kapsyen.
Ramai mengalirkan air mata dan kaitkan sama seperti filem ‘babah’ di dunia realiti
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak dan mengalirkan air mata sebaik melihat video yang dikongsikan oleh Maira.
Malah ada yang menyifatkan mereka suka melihat reaksi spontan diberikan oleh suami Maira kerana menunjukkan dia begitu memahami hubungan dua beranak yang dipercayai sangat rapat.
Ada juga yang mengaitkan tindakan Maira memberikan mesej dalam nota tersebut seperti dalam filem ‘Babah’ namun di dunia realiti.