fbpx
Now Reading
“Salute!” – Pemilik Kedai Telefon Dipuji Tawar Bayar Kos Ubah Suai Motosikal Buat Pakcik Yang Hidap Diabetes [Video]
lelaki sakit kaki tunggang motosikal

“Salute!” – Pemilik Kedai Telefon Dipuji Tawar Bayar Kos Ubah Suai Motosikal Buat Pakcik Yang Hidap Diabetes [Video]

Menerusi video tular, kelihatan pakcik itu menunggang motosikal dengan terhuyung-hayang sambil menggunakan sebatang kayu sebagai tongkat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbuat baik dengan orang lain tidak kira agama, bangsa, kaum, pangkat perlu diterapkan dalam setiap individu. Mana tahu, perbuatan bertimbang rasa itu akan terbalas jika anda berada dalam kesusahan satu hari nanti.

Sebelum ini, seorang lelaki bertindak membantu seorang pakcik yang tinggal sekitar kawasan perkampungan untuk mendapatkan vaksin di bandar.

Bukan sahaja membawa pakcik berkenaan mendapatkan vaksin dos pertamanya, malah lelaki itu juga menghantar dan membelikan warga emas itu barang keperluan rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Bawa Pakcik Abu Ambil Vaksin, Kemuliaan Lelaki Ini Dipuji Netizen. Baik Sungguh

Pakcik Hidap Penyakit Diabetes Minta Bantuan Daripada Pemilik Kedai Telefon

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pemilik kedai telefon bimbit dikenali sebagai Boss Lee (@bosslee_oe) berkongsi situasi seorang pakcik yang berada dalam kesusahan.

Menurut Boss Lee, lelaki tersebut pada awalnya meminta bantuannya untuk memohon pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Boss Lee kemudian berkata dia akan meminta pihak berkaitan untuk memberi tunjuk ajar kepada pakcik berkenaan tentang perkara itu.

Difahamkan, pakcik terbabit sedang mengalami diabetes hingga menyebabkan kesakitan dan sukar untuk berjalan. Jelas pemilik kedai telefon itu, pakcik berkenaan telah pun menerima rawatan di hospital dan lukanya sudah dibersihkan.

Boss Lee Mahu Bantu Ubah Suai Motosikal Untuk Tujuan Keselamatan

Melihat keadaannya, Boss Lee kemudian menawarkan diri untuk menghantar lelaki terbabit pulang ke rumah. Dia bagaimanapun berkeras mahu menunggang motosikalnya sendiri. 

“Jadi, saya hanya dapat mengiringinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya,” kata Boss Lee.

Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki tersebut menunggang motosikal dengan terhuyung-hayang sambil menggunakan sebatang kayu sebagai tongkat.

Oleh disebabkan berasa risau dengan keselamatan si pakcik yang menunggang motosikal dengan keadaan sebegitu, Boss Lee berniat untuk mengubah suai kenderaan dua roda tersebut.

Tambah Boss Lee di ruangan kapsyen, dia juga sudi membayar sepenuhnya kos penambahbaikan motosikal terbabit.

“Adakah sesiapa tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kos saya akan tanggung sepenuhnya,” jelasnya.

@bosslee_oe

Hari ini, abang Melayu itu datang meminta bantuan daripada saya. Dia bertanya tentang cara memohon KWSP. Saya memberitahunya bahawa saya akan menghubungi pihak berkaitan untuk membantunya. Kakinya juga telah dirawat di hospital kerajaan, dan lukanya telah dibersihkan. Melihat keadaannya, saya berkata, “Boleh saya hantar awak pulang?” Tetapi dia berkeras mahu menunggang motosikalnya sendiri. Jadi, saya hanya dapat mengiringinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya. Saya ada satu idea. Saya mahu tambah satu roda pada motosikalnya kerana kakinya sudah lemah dan sangat berbahaya jika dibiarkan begitu. Adakah sesiapa yang tahu tentang pengubahsuaian motosikal yang boleh membantu saya? Kosnya saya akan tanggung sepenuhnya.

♬ 原聲 – Boss Lee_oe

Boss Lee Larang Pakcik Jual Telefon Untuk Biayai Kos Rawatan

Dalam hantaran lain, Boss Lee menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) menyaksikan pakcik tersebut yang pada awalnya mahu menjual telefon pintarnya untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan kaki. 

Berasa sebak mendengar kisah warga emas berkenaan, Boss Lee enggan membeli telefonnya selain memberi sejumlah wang bertujuan untuk membayar rawatan di hospital.

“Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa,” kata Boss Lee.

@bosslee_oe

Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan. Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan.

♬ 原聲 – Boss Lee_oe

Orang Ramai Puji Boss Lee Kerana Sudi Bantu Pakcik Sakit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Boss Lee yang prihatin terhadap keselamatan pakcik berkenaan.

“Boss dah buat 1 Malaysia nangis terharu dan bangga dengan apa kamu buat. Terima kasih boss kita semua ucapkan sebab bantu pakcik itu,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga golongan warganet meluahkan rasa sebak melihat keadaan pakcik yang sakit itu.

“Sebab pakcik ni la aku teringat kalau kita rasa susah, ada orang lain lagi susah daripada kita. Bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Selagi kita ada kudrat dan kemampuan untuk cari duit, kita kongsi,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mendoakan agar tindakan murni Boss Lee menjadi asbab rezekinya semakin bertambah pada masa akan datang.

“Boss kau yang terbaik! Semoga Tuhan memberi kau kekayaan dan rezeki tanpa disangka supaya boleh membantu lebih ramai orang. Salute! Bukan semua orang mempunyai hati yang besar,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@bosslee_oe)

Kebaikan Amalan Bersedekah

Niat Boss Lee yang mahu menaja kos pengubahsuaian motosikal pakcik itu juga dikira sebagai satu bentuk sumbangan. Amalan menderma sesama manusia adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya.

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Harta tidak akan berkurangan.
  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh golongan bukan Islam di atas dunia akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan di atas dunia juga. Antaranya seperti:

  • Diberi rezeki.
  • Kesihatan.
  • Kasih sayang sesama manusia serta banyak lagi

Baca Artikel Berkaitan: Raih 38 Juta Tontonan, Kisah Hiba Si Ayah Tahan Lapar 4 Hari Demi Anak Sakit Leukemia Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Sanggup Ulang Alik Dari Melaka Ke Alor Setar Untuk Jaga Anak Sakit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.