“Sedapnya Suara”- Ramai Puji Kanak-Kanak 8 Tahun ‘Confident’ Laungkan Azan Di Surau [Video]
Menurut si Ibu, Harraz melaungkan azan tersebut sewaktu berkunjung ke salah sebuah surau di Langkawi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kata orang jika ingin mendidik anak untuk menjadi seorang insan yang baik, berilmu dan berguna di masa hadapan perlu dimulakan sejak mereka kecil.
Bak kata pepatah ‘melentur buluh dari rebungnya’ agar mereka menjadikan ajaran dan didikan yang baik sebagai amalan dan rutin sejak dari dahulu lagi.
Malah sebagai ibu bapa tentunya kita ingin melihat anak yang disayangi menjadi seorang individu yang berjaya di masa hadapan kelak.
Kanak-kanak lelaki laung azan dengan lantang
Baru-baru ini, seorang ibu tidak melepaskan peluang untuk berkongsi mengenai anak lelakinya yang cukup berani dan berkayakinan tinggi untuk melaungkan azan sewaktu berada di Surau Taman Desa Kemboja, Langkawi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Noraini di TikTok, pada mula kelihatan anak lelakinya, Harraz yang dipercayai berusia lapan tahun sedang berdiri di hadapan sebuah mikrofon.
Tidak lama kemudian kedengaran si kecil yang lengkap memakai kain pelikat dan kopiah itu melaungkan azan.
Apa yang menjadi perhatian Harraz turut diperhatikan oleh seorang jemaah sepanjang melaungkan azan di rumah ibadah berkenaan.
Setiap ayat dalam azan yang dilaungkan disebut dengan jelas & guna irama Jiharkah
Meskipun Harraz masih kecil namun kedengaran dia melaungkan azan dengan lantang dan jelas setiap bacaan yang dituturkannya.
Bukan hanya itu, dia juga melaungkan azan dengan menggunakan irama dipercayai ‘Jiharkah’ yang dipercayai sering digunakan oleh para Qari di Mesir.
“Pergi Langkawi nak jalan-jalan ❎, pergi Langkawi nak azan ✅” tulis Noraini.
Menerusi carian kami di akaun TikTok Noraini, Harraz dipercayai merupakan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan bersekolah di sekolah rendah pendidikan khas di Kedah.
Selain azan, Harraz juga sering dilihat menyertai program pementasan di sekolah seperti menyanyi nasyid.
Ramai puji Harraz suara sedap ketika melaungkan azan
Menjengah ke ruang komen, ramai yang memuji Harraz seorang kanak-kanak yang berani dan mempunyai suara yang sedap ketika melaungkan azan.
Bukan hanya itu, ramai yang turut memuji ibu bapa Harraz kerana telah mendidik anak kecil itu menjadi insan yang hebat.
Malah mereka turut mendoakan agar Harraz menjadi seorang bilal, imam dan sebagainya suatu hari nanti.