fbpx
Now Reading
Eksperimen: Ini Bahagian Tempat Duduk Paling ‘Selamat’ Jika Pesawat Terhempas [Video]

Eksperimen: Ini Bahagian Tempat Duduk Paling ‘Selamat’ Jika Pesawat Terhempas [Video]

Eksperimen kemalangan pesawat yang dijalankan pada 27 April 2012 itu membolehkan para penyelidik menganalisis bagaimana lokasi tempat duduk mempengaruhi peluang penumpang untuk terselamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Rabu lalu (25 Disember), negara dikejutkan dengan satu insiden nahas pesawat terhempas di Kazakhstan ketika masyarakat dunia sedang bergembira menyambut Hari Natal.

Pesawat Azerbaijan Airlines J2-8243 jenis Embraer 190 yang membawa 69 penumpang termasuk lima anak kapal itu dilaporkan cuba melakukan pendaratan cemas berhampiran bandar Aktau sebelum terhempas sekali gus mengorbankan 38 penumpang, manakala 29 yang lain terselamat.

Menerusi beberapa gambar dan video tular selepas kemalangan yang dikongsikan di media sosial, kelihatan kebanyakan penumpang yang terselamat berada di tempat duduk bahagian belakang atau ekor pesawat.

Eksperimen tempat duduk mana yang selamat jika pesawat terhempas

Nahas tersebut sekali gus mengingatkan kami terhadap satu eksperimen menjatuhkan pesawat yang pernah dijalankan pada 12 tahun dahulu oleh sekumpulan saintis, pakar keselamatan penerbangan dan juruterbang elit.

Memetik The Economic Times, pada 27 April 2012, sebuah pesawat model Boeing 727 telah berlepas dari Mexicali, Mexico dengan dikendalikan oleh Kapten Jim Bob Slocum.

Kapten Slocum mengemudi kapal terbang itu ke zon nahas iaitu sebuah kawasan padang pasir di negara terbabit sebelum dia kemudiannya terjun dengan menggunakan payung terjun.

Pesawat itu yang dipenuhi dengan patung ujian kemalangan, alat saintifik dan kamera kemudian dikawal dari jauh ke lokasi yang telah ditetapkan.

Selang beberapa minit, pesawat itu menghentam tanah pada kelajuan 255km/j (140mph) menyebabkan badan pesawat pecah kepada beberapa bahagian.

Kemalangan yang disengajakan itu membolehkan para penyelidik menganalisis bagaimana lokasi tempat duduk mempengaruhi peluang penumpang untuk terselamat.

Tempat duduk bahagian belakang paling selamat berbanding depan dan tengah

Hasil kajian itu menunjukkan peluang penumpang terselamat daripada nahas bergantung sepenuhnya pada bahagian kerusi di dalam kapal terbang.

Penumpang di bahagian depan pesawat iaitu kelas pertama atau baris satu hingga tujuh berdepan bahaya paling tinggi semasa kemalangan, impak nahas boleh membawa kepada kecederaan yang sangat teruk sekali gus mengorbankan nyawa.

Sebagai contoh, dalam eksperimen itu, patung di tempat duduk 7A ditemui 150 meter dari bangkai pesawat, senario yang mustahil untuk terselamat bagi manusia sebenar.

Manakala penumpang di kerusi bahagian tengah pesawat pula mempunyai peluang yang baik berbanding hadapan, namun mungkin mengalami kecederaan serius seperti patah tulang dan sebagainya.

Apa yang mengejutkan dalam eksperimen itu, penumpang di bahagian belakang mempunyai kadar terselamat paling tinggi.

Mereka yang duduk di bahagian ini berkemungkinan keluar dari bangkai pesawat dengan kecederaan kecil atau tanpa kecederaan sama sekali.

Hal ini kerana bahagian belakang pesawat tidak mengalami kerosakan yang teruk seperti di bahagian tengah dan hadapan.

Keputusan ujian berdasarkan bahagian depan pesawat hentam tanah terlebih dahulu

Perlu diingatkan bahawa penemuan ini khusus untuk nahas di mana bahagian depan pesawat menghentam tanah terlebih dahulu, jika kapal terbang terhempas dengan cara yang berlainan, mungkin situasinya berbeza.

Namun, dalam banyak kes melibatkan nahas pesawat, kebiasaannya bahagian hadapan yang akan menjunam jatuh ke tanah terlebih dahulu seperti kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines.

Foto: Facebook/Ayman Mat
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.