Gelagat Orang Dalam Rumah Lari Kelam-kabut Ketika Anjing Masuk Rumah Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anjing itu berlari dalam rumah seolah-olah menyangkakan orang dalam kediaman itu ingin bermain dengannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui anjing merupakan haiwan peliharaan yang comel dan kebiasaannya ia dipelihara oleh penganut yang bukan Islam.
Ini kerana, seseorang individu Islam tidak boleh memegang mahupun memeliharanya tanpa sebab yang munasabah.
Namun sebagai seorang individu pastinya kita gemar melihat aksi mereka yang adakalanya menghiburkan orang ramai.
Lelaki kongsi momen anjing masuk dalam rumah sehingga keadaan kelam-kabut
Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi detik lucu memaparkan penghuni dalam sebuah rumah menjadi tidak tentu arah apabila seekor anjing memasuki kediaman mereka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yusri Ishak, awalnya kelihatan seekor anjing jenis French berada di hadapan pintu masuk rumah mereka.
Perkara itu kemudiannya disedari oleh seorang kanak-kanak dan perkara itu membuatkannya berlari untuk menyelamatkan diri.
Anjing ikut berlari seolah-olah ajak bermain
Sebaik anjing itu menyedari terdapat individu di dalam kediaman tersebut dia kemudian berlari-lari seperti mahu bermain.
Melihat keadaan itu, perakam turut menjadi panik dan berlari ke atas kerusi kerana tidak mahu anjing comel itu mendekatinya.
Tetapi anjing berkenaan masih cuba mendekati kanak-kanak yang dilihatnya berlari dalam rumah itu kerana ingin mengelak darinya.
Keadaan di dalam rumah menjadi kelam-kabut apabila terdengar bunyi jeritan dan juga perakam cuba menghalau anjing tersebut untuk keluar dari kediaman mereka.
Ramai terhibur lihat gelagat orang dalam rumah dengan ajing comel
Menjengan ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat individu di dalam rumah tersebut sebaik melihat anjing berwarna putih tompok hitam itu berada di ruang tamu.
Malah ada yang mengatakan anjing itu kelihatan seronok seperti ingin bermain meskipun mereka cuba menghalaunya.
Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah perlu untuk menyertu rumah sekiranya ia dimasuki oleh anjing.
Menurut laman sesawang Mufti Selangor adalah baik jika berpengang kepada konsep umum iaitu selagi tidak dapat dipastikan jelas ada najis yang kelihatan, maka tidak perlu disertu.
Jika tidak dapat dipastikan dan sekadara anggapan mahupun was-was maka ia tak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja.