fbpx
Now Reading
Jenama Terkenal Dari Belarus Cipta Baju Dari ‘Bubble Wrap’

Jenama Terkenal Dari Belarus Cipta Baju Dari ‘Bubble Wrap’

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan dua jenis baju diperbuat menggunakan plastik gelembung tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menjadi seorang pereka fesyen bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana mereka tidak hanya menzahirkan hasil seni daripada rekaan baju sahaja sebaliknya keselesaan baju itu sendiri.

Bukan hanya itu, keunikan pakaian yang ditampilkan sering mendapat perhatian di kalangan orang ramai.

Malah dalam masa sama keunikan yang ditampilkan oleh seseorang pereka fesyen juga menjadi titik permulaan sesebuah jenama itu menjadi perhatian.

Jenama pakaian di Belarus cipta pakaian guna bubble wrap

Baru-baru ini, jenama pakaian dari Belarus iaitu ZNWR telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan ciptaan pakaian terbaharu yang menggunakan pembalut gelembung (bubble wrap) lut sinar.

Jenama tersebut menggunakan bubble wrap itu sebagai material utama pakaian yang direkanya.

ZNWR turut dikenali sebagai jenama pakaian yang tampil dengan idea yang pelik dan adakalanya dilihat seperti tidak masuk akal.

ZNWR keluarkan 2 jenis baju guna material bubble wrap

Menurut Oddity Central, pakaian yang dicipta menggunakan pembalut itu mulanya dilihat oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Yana.

ZNWR meletakkan baju tersebut di dalam premisnya di Dana Mall Minsk, Belarus. Namun siapa sangka video memaparkan baju tersebut kemudiannya mencuri perhatian ramai sehingga mendapat 100,000 tontonan.

Dalam video itu, Yana menunjukkan sebanyak dua jenis pakaian gelembung lut sinar yang bernilai BYN280 (RM383) untuk sehelai gaun dan BYN380 (RM519.77) pula bagi sehelai jaket.

Dicipta untuk mereka yang inginkan kelainan ketika tahun baru

Secara tidak langsung pakaian daripada pembalut plastik yang dicipta adalah untuk mereka yang ingin sesuatu yang luar biasa untuk pakai pada malam tahun baharu.

“Wanita, jika anda mencari pakaian, inilah dia,” gurau Yana dalam video tersebut.

Dalam usaha Yana melakukan video tersebut, ada segelintir darinya merasakan rakaman itu sebagai satu gurauan dan menyifatkan pakaian dicipta jenama itu sebagai ‘anti-tekanan’ atau bertanya adakah plastik gelembung yang besar itu boleh terkoyak seperti yang sering digunakan.

Menerusi tinjaun kami di Instagram ZNWR, kelihatan ada yang memuji pakaian menggunakan material plastik gelembung itu sebagai idea yang baik.

“Cool idea, sangat kreatif”

“Saya ingin memilikinya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.