fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi Cara Kira Zakat Pendapatan [Video]

Lelaki Kongsi Cara Kira Zakat Pendapatan [Video]

Menurut Halimi, seseorang yang sudah bekerja perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk membuat pengiraan sama ada mereka perlu atau tidak membayar zakat pendapatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zakat merupakan salah satu perkara yang wajib untuk dilakukan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, beberapa jenis zakat perlu dibayar seperti zakat fitrah iaitu zakat yang dibayar ketika bulan puasa dan sebelum memasuki Hari Raya Aidilfitri.

Selain zakat fitrah terdapat juga zakat pendapatan di mana ia dibayar oleh setiap individu yang bekerja mengikut gaji dan tanggungannya. Menurut Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) zakat pendapatan ini datang dari konsep zakat al-mal almustafad (zakat harta perolehan).

Jelasnya para fuqaha telah mewajibkan zakat terhadap setiap hasil pendapatan serta gaji kerana ia termasuk dalam harta yang berkembang serta boleh membawa kepada perolehan yang lumayan khususnya mereka yang berjawatan tinggi.

Lelaki kongsi cara bayar zakat pendapatan

Baru-baru ini seorang individu telah berkongsi beberapa cara mudah untuk mengira zakat pendapatan yang perlu dibayar oleh seorang umat Islam yang telah bekerja.

Menerusi video dikongsikan oleh Halimi di TikTok, perkongsian itu dibuat untuk mana-mana yang baru bekerja atau belum pernah mengetahui cara untuk membayar zakat pendapatan.

Katanya apa yang perlu dilakukan adalah layari ke laman sesawang Zakat Selangor atau pusat pungutan zakat negeri masing-masing.

Pengiraan zakat boleh menentukan seseorang wajib bayar atau tidak

Untuk mengetahui sama ada seseorang diwajibkan untuk membayar zakat pendapatan mahupun tidak, anda boleh membuat pengiraannya secara terus di laman zakat.

Tekan pada kalkulatur zakat dan masukkan setiap butiran yang diperlukan. Pada bahagian butiran A1 individu perlu memasukkan jumlah gaji untuk setahun serta beberapa lagi jumlah wang yang perlu dikira.

Sebagai contoh elaun, bonus, ganjaran, keuntungan seperti saham dan sebagainya perlu dikira untuk tempoh 12 bulan. Sekiranya tidak mengetahui berapa jumlah pendapatan gaji untuk setahun anda cuma perlu dapatkan payslip untuk mengetahui jumlahnya.

Pada bahagian butiran B pula anda perlu mengisi maklumat tanggungan seperti keluarga dan anak. Manakala untuk bahagian C pula anda boleh memasuki jumlah bayaran KWSP yang ditolak dari gaji sendiri.

Sebaik semua amaun telah diisi, kalkulator yang disediakan itu akan mengeluarkan total yang perlu dibayar selepas menolak setiap komitmen yang disenaraikan.

Foto: Contoh butiran perlu diisi untuk buat pengiraan zakat pendapatan

Boleh buat pembayaran secara terus mengikut jumlah dipaparkan untuk total setahun

Apa yang lebih mudah, anda juga boleh membuat bayaran secara terus dengan memasukkan maklumat pembayaran serta jumlah yang dinyatakan untuk melangsaikan zakat pendapatan.

“Kalau kau masih tidak yakin, anda juga boleh sahaja pergi ke mana-mana pusat zakat berdekatan cuma yelah bulan Disember ni faham-faham sahajalah. Kalau di tempat aku memang akan beratur sampai ke luar pejabat (zakat) tulah.

“Jadi aku tak nak menyusahkan orang lain lagi, dan kadang-kadang kesian sebab yang beratur tu semua orang tua-tua apa semua.

“Jadi aku macam boleh guna teknologi jadi guna jelah teknologi kan. Tapi kalau nak pergi pejabat boleh juga dan bawa slip gaji yang penuh dan berikan di kaunter dan mereka boleh kirakan untuk kau,” katanya.

Ramai bayar zakat pendapatan bulan Disember sebab boleh tuntut cukai pendapatan pada tahun hadapan

Menurutnya antara sebab mengapa ramai yang membayar zakat pendapatan pada bulan Disember kerana mereka ingin membuat tuntutan cukai pendapatan pada tahun yang akan datang.

“Untuk orang yang tak tahu apabila kau buat cukai pendapatan tahun hadapan, dalam kau punya potongan cukai tu kau boleh letak jumlah kau bayar zakat. Katakan RM1,400 tadi tu kan benda tu 100% akan tolak Potongan Cukai Bulanan (PCB).

“Jadi boleh dikatakan macam kau dapat semula duit tu, lebih kuranglah. Macam kau bayar RM1,000 sekarang nanti bulan 4 kau dapat balik RM1,000 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebab kau bayar zakat.”

Zakat juga berfungsi untuk menyucikan hati, harta dan sebagainya

Selain itu, Halimi juga menyarankan orang ramai untuk membayar zakat dan tidak terlalu berkira. Ini kerana, selain zakat dapat membantu golongan yang memerlukan ia juga bagus dalam menyucikan hati si pemberi daripada sifat bakhil (kedekut) dan harta.

Tambahnya, dalam harta yang dimiliki seseorang mungkin terdapat rezeki orang lain yang perlu dikongsikan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Halimi atas ilmu serta teguran yang diberikan kerana ada yang baru mengetahui mereka perlu membayar zakat pendapatan.

Bukan hanya itu, ramai juga mengambil peluang untuk bertanya kepada Halimi lebih lanjut mengenai zakat pendapatan dan dia menjawab satu per satu darinya.

“Terima kasih bang, saya 2 tahun kerja baru tahu kena bayar zakat. Hinanya diri”

“Kalau dari gaji kasar tu ada simpanan contoh ASB kena buat 2 zakat ke? Simpaan dan pendapatan?”

“Perlu ke bayar sebelum masuk tahun baru? Kalau bayar masa nak bayar cukap LHDN tu ngam tak?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.