fbpx
Now Reading
Gaji Termasuk Lebih, Staf Jujur Pulangkan Semula Wang RM7,200 Pada Majikan

Gaji Termasuk Lebih, Staf Jujur Pulangkan Semula Wang RM7,200 Pada Majikan

Difahamkan, gaji pekerja terbabit RM1,942.95, namun wang yang diterimanya adalah RM9,142.95 iaitu lebihan sebanyak RM7,200.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki bukan hanya datang melalui duit semata-mata, terkadang mendapat seorang majikan yang baik juga merupakan salah satu rezeki.

Bahkan, majikan yang memiliki pekerja-pekerja yang jujur dan amanah juga adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Hal ini kerana, tidak semua pekerja mampu bersikap jujur apatah lagi perkara itu berkaitan dengan duit yang sememangnya menjadi sebab utama bekerja.

Staf terus hubungi majikan lepas tahu gaji terlebih masuk

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial selepas seorang usahawan dan trader yang dikenali sebagai Dr Zul Ariffin Maarof berkongsi mengenai sikap jujur salah seorang pekerjanya hingga meraih perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya, Dr Zul menyatakan bahawa staf terbabit dengan segera menghubunginya untuk memberitahu kesilapan ketika menerima gaji.

Dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya di antara pekerja tersebut di aplikasi perbualan, WhatsApp.

Foto: Threads/zulariffinmaarof

Gaji terlebih masuk RM7,200, staf terus minta nombor akaun nak pulangkan semula

Difahamkan, gaji pekerja terbabit RM1,942.95, namun wang yang diterimanya adalah RM9,142.95 iaitu lebihan sebanyak RM7,200.

Dr Zul dengan segera memeriksa dan mendapati hanya pekerja berkenaan sahaja yang tersalah masuk jumlah gaji daripada yang sepatutnya.

“Aduh Dr (Zul), bahaya ini. Bagi nombor akaun saya ‘transfer’ balik,” kata pekerja itu selepas majikannya mengesahkan tentang kesilapan terbabit.

Sementara itu, Dr Zul turut mendoakan agar kesemua pekerjanya dapat meningkatkan kemahiran, gaji serta komisyen menjelang tahun hadapan.

View on Threads

Ramai puji sikap jujur pekerja tersebut, siap minta majikannya naikkan gaji

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pekerja berkenaan kerana bersikap jujur dengan tidak mengambil sesuatu yang bukanlah haknya.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar Dr Zul menaikkan gaji pekerja terbabit kerana sikap mulianya itu.

Tidak kurang juga beberapa pengguna Threads yang berkongsi pengalaman sama memulangkan semula lebihan gaji yang tersalah masuk kepada majikan.

Alhamdulilah, tidak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya jujur, amanah dan fathonah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.