fbpx
Now Reading
Individu Dakwa Scammer Pulangkan Semula Wang Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank 1 Sen

Individu Dakwa Scammer Pulangkan Semula Wang Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank 1 Sen

Difahamkan dia telah menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran bagi transaksi bank yang dilakukan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes penipuan atau scam makin kerap dilaporkan dalam negara, malah sehingga membabitkan wang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Terbaharu, media melaporkan tentang seorang wanita yang tidak berkesempatan menunaikan umrah akibat menjadi mangsa scam.

Untuk info, Asia Scam Report 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance sebelum ini mendedahkan rakyat Malaysia sebagai yang paling senang ditipu secara berulang berbanding negara-negara Asia lain.

Baca Artikel Berkaitan: Terkandas Di KLIA, Wanita Kecewa Hasil Simpanan Untuk Tunai Umrah ‘Lebur’ Kena Scam

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia

Barang Yang Dipesan Individu Tidak Dihantar

Apabila ditimpa perkara sedemikian, rata-rata mangsa pasti akan melaporkan perkara itu dan mencari cara untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang individu mendakwa bahawa dia telah ditipu baru-baru ini apabila tidak menerima barang yang dipesan setelah sekian lama.

Setelah menyemak review di media sosial, barulah dia menyedari bahawa perkara itu sudah biasa terjadi ke atas pelanggan kedai dalam talian berkenaan.

Walaupun jumlahnya kecil baginya, iaitu hanya RM53, namun dia memilih untuk tidak mendiamkan diri dan mengambil tindakan sendiri.

Individu Dakwa Berjaya Dapatkan Semula Wang Dibayar

Dia berkata telah melakukan transaksi bank bernilai 1 sen sebanyak 20 kali kepada akaun di mana pembayaran dibuat sebelum ini. Malah, dia turut menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran.

Dakwanya, setelah melakukan perkara tersebut, penjual berkenaan telah menghubunginya dan memulangkan semula wang yang dibayar.

“Mereka takutlah. Saya bersedia untuk terima sahaja apa yang berlaku. Jumlah yang saya bayar kecil, hanya RM53. Tapi saya bukan seseorang yang boleh bertolak ansur dengan perkara seperti ini,” katanya.

Di ruangan balas, dia berkata telah membaca tips agar melakukan transaksi bank sedemikian di Facebook Tanya Peguam.

Orang Ramai Kongsi Tindakan Tersebut Boleh Sebabkan Akaun Bank Penerima Disekat

Perkongsian oleh individu terbabit sememangnya menimbulkan tanda tanya dalam segelintir pengguna media sosial.

Ada yang mempersoalkan bagaimanakah transaksi tersebut dapat menyebabkan scammer terbabit memulangkan semula duitnya.

Dalam pada itu, beberapa individu tampil memberi jawapan. Secara teorinya, transaksi yang dilakukan secara berulang kali ke akaun bank sama akan menyebabkan ia ditandakan sebagai mencurigakan.

Seorang individu berkata perkara tersebut merupakan salah satu tanda penting akaun yang bermasalah menurut Pencegahan Pengubahan Wang Haram atau AMLA.

Apabila sebuah akaun dicurigai, pihak bank boleh mengambil tindakan dengan memulakan siasatan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Malah, transaksi yang dinyatakan sebagai ‘scammer’ berkemungkinan akan menyebabkan akaun bank penerima disekat.

Laporkan Pada KPDN Jika Tidak Terima Barang Dipesan

Jika anda masih tidak menerima barang yang dipesan setelah sekian lama, cuba hubungi penjual kembali dan bertanyakan status penghantaran.

Bagi pembelian yang dibuat menerusi platform beli-belah dalam talian, adukan perkara tersebut menerusi servis pengguna yang disediakan.

Sekiranya penjual tidak mengendahkan anda, lakukan laporan polis. Anda juga boleh melakukan aduan mengenai perkara tersebut ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Di samping itu, pengguna juga boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang berfungsi dalam:

  1. Menyediakan forum alternatif kepada Mahkamah Sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan pembelian barang atau memperoleh perkhidmatan secara mudah, murah dan cepat.
  2. Mendengar dan mengadili tuntutan dengan bebas, adil dan saksama.
  3. Membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nyaris Kena Scam Hampir RM10K, Wanita Ini Kongsi Kisah & Pengajaran Buat Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Hati-hati! Teknik Terbaru Scammer, Menyamar Jadi Kurier Untuk Hantar Fail APK Di Aplikasi Perbualan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.