fbpx
Now Reading
Influencer Thai Maut Selepas Sahut Cabaran Minum Arak Rupanya Orang OKU Jadi Mangsa Buli [Video]

Influencer Thai Maut Selepas Sahut Cabaran Minum Arak Rupanya Orang OKU Jadi Mangsa Buli [Video]

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes kematian orang kurang upaya intelektual dikenali sebagai Bank Leicester.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Duit bukanlah segalanya, tetapi bagi sebahagian orang pula, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang meskipun diri dalam bahaya.

Tidak dinafikan, di zaman ini mereka yang mempunyai wang akan memanipulasi orang miskin demi konten dan kepentingan diri, apa yang lagi menyedihkan jika orang kurang upaya (OKU) juga menjadi mangsa mereka.

Influencer OKU Thai maut selepas sahut cabaran minum arak dalam kuantiti berlebihan

Begitulah nasib yang menimpa seorang influencer Thailand yang dikenali sebagai Bank Leicester yang meninggal dunia pada Khamis lalu (26 Disember).

Bank Leicester atau nama sebenarnya Thanakarn Kanthee, 27, yang juga orang kurang upaya intelektual itu maut selepas menamatkan cabaran meminum arak jenis whisky dalam kuantiti yang berlebihan.

Memetik Khaosod English, Bank menerima cabaran berkenaan kerana ditawarkan ganjaran sebanyak 10,000 Baht (kira-kira RM1,316) bagi setiap botol arak yang berjaya dihabiskannya.

Pihak polis tahan dua suspek berhubung kes kematian Bank

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes kematian Bank.

Suspek pertama dikenali sebagai Ekkachat “M” Meeprom berusia 35 tahun ditahan di rumahnya di wilayah Chantaburi atas dakwaan menggalakkan Bank untuk meminum dua botol arak dengan menawarkan ganjaran wang terbabit.

Suspek kedua pula dikenali sebagai Theerawat “Bird” Srirong, 36, ditangkap di sebuah kedai kopi di dalam stesen minyak di daerah Thanyaburi, wilayah Panthum Thani.

Bird didakwa membawa Bank ke sebuah majlis untuk melakukan cabaran terbabit selian dia juga dituduh sering mengeksploitasi lelaki OKU itu yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di TikTok demi konten di media sosial.

Tular video saat-saat Bank dibuli semasa hidup

Sementara itu, terdapat beberapa video yang memaparkan saat-saat Bank dibuli oleh beberapa individu yang dikongsikan di akaun X (@antharaxxxx781).

Terdapat video yang memaparkan Bank telah dicabar untuk meminum arak secara berlebihan demi ganjaran wang.

Tidak hanya itu, terdapat juga rakaman yang menunjukan pelbagai makanan dituangkan ke dalam sebuah mangkuk sebelum dimakan oleh Bank, turut kedengaran orang ramai mentertawakannya.

Lebih menyedihkan, ada juga video yang memaparkan Bank berada dalam keadaan merangkak sebelum ditendang dan ditampar kepalanya oleh dua individu.

Bank dibesarkan oleh nenek, ditinggalkan ibu bapa ketika berusia 2 bulan

Untuk info, Bank dibesarkan di kawasan setinggan di Bangkok di bawah penjagaan neneknya selepas ibu bapanya berpisah ketika dia baru berusia dua bulan.

Pada usia tujuh tahun, dia menjual kalungan bunga di jalanan sebelum menjadi terkenal di media sosial kerana melakukan aksi-aksi berbahaya dan menghina diri demi wang.

Malah, terdapat satu hantaran yang pernah dimuat naik oleh Bank yang tertulis ‘saya sedia dibuli dan dihina asalkan dapat sedikit wang daripada orang kaya demi menyara kehidupan keluarga’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.