fbpx
Now Reading
Jika Lakukan Solat Jamak Takhir, Waktu Mana Yang Perlu Didahulukan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

Jika Lakukan Solat Jamak Takhir, Waktu Mana Yang Perlu Didahulukan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

Menurut Ustaz Jafri, adalah lebih afdhal jika melakukan solat Isyak terlebih dahulu sekiranya berada di hujung waktu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mana-mana umat Islam yang sedang bermusafir lebih daripada 90 marhalah sekitar 80-90 kilometer dibenarkan kemudahan atau keringanan untuk melakukan solat jamak.

Solat jamak bermaksud menghimpun dua fardu solat dalam satu waktu sebagai contoh menunaikan solat asar dalam waktu zohor.

Solat jamak turut terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan juga jamak takhir. Jamak taqdim ditunaikan pada fardu yang awal seperti solat Zohur ditunaikan sekali dengan Asar pada waktu Zohor.

Manakala jamak takhir ialah menunaikan dua fardu pada waktu yang kedua contohnya solat Maghrib dan Isyak dilakukan pada waktu Isyak. Namun mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya sekiranya ingin melakukan jamak takhir fardu manakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu?

Ustaz Jafri jelaskan solat fardu mana satu yang perlu dilakukan dahulu jika buat jamak takhir

Baru-baru ini Ustaz Jafri Mahmoodi telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu termasuk dari segi hukumnya.

“Kalau solat takhir yang mana dahulu nak solat, contoh takhir Zohor dengan Asar pada waktu Asar. Nak solat Zohor dulu ke atau pun nak solat Asar dulu?

“Dibahaskan oleh ulama yang mana lebih afdhal maka di antara yang disebutkan oleh ulama sunat mendahulukan mengikut tertib,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Sunat mengikut tertib seperti solat Zohor kemudian Asar

Ustaz Jafri turut memberi contoh sekiranya seseorang melakukan solat jamak takhir pada waktu Asar adalah sunat jika mereka menunaikan solat Zohor terlebih dahulu dan dikuti dengan fardu Asar.

Perkara sama juga boleh dilakukan jika mereka melakukan jamak takhir pada waktu Isyak iaitu menunaikan solat Maghrib dan kemudian Isyak.

“Tetapi kalau kita buat Isyak dulu pun tidak ada masalah, sah juga solatnya. Dalam waktu Asar buat Asar dulu kemudian baru buat Zohor pun tiada ada masalah, sah juga solatnya.

“Cuma tak sesuai sebagaimana yang disunatkan,” ujarnya lagi.

Jika dipenghujung waktu perlu solat pemilik waktu

Walau bagaimanapun, sekiranya waktu sesuatu fardu itu berada dipenghujungnya atau akan habis adalah lebih baik jika dahulukan pemilik waktu.

Sebagai contoh waktu Asar hampir di penghujungnya adalah baik jika anda menunaikan Asar kemudian dikuti dengan Zohor terlebih dahulu. Perkara sama turut dilakukan pada waktu Isyak.

“Afdhal dilakukan Isyak sebab kita solat dalam waktu dia, ada pun maghrib tu memang di luar daripada waktu dia dah. Jadi kalau di hujung waktu utamakan pemilik waktu.”

@jafrimahmoodi_off

Kalau kita buat jamak takhir, solat mana yang perlu kita dahulukan? Solat yang ikut tertibnya atau pemilik waktunya? Apa kata ulama? #fyp #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #kompleksislamdarulfaizin #kidaf

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Perkara sama turut dijelaskan oleh mantan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman Maktabah al-Bakri.

“Seseorang itu boleh untuk mengerjakan solat Isyak terlebih dahulu dan kemudiannya barulah solat Maghrib dalam jamak takhir sebagaimana pendapat dalam mazhab Syafi’i.

“Hal ini kerana disunatkan seseorang musafir itu dalam jamak takhir untuk mengikut tertib solat dengan menunaikan solat yang pertama dahulu kemudia barulah yang kedua serta berturutan antara keduanya,” tulis Dr Zulkifli.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.