“Pemandu ‘Peti Ais’ Problem” – Tular 2 Alphard Potong Q Raih Kecaman Ramai [Video]
Berdasarkan video tersebut, kejadian dua buah Alphard memotong barisan itu dipercayai berlaku berdekatan Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelbagai ragam pemandu dapat dilihat semasa berada di atas jalan raya. Ada yang mematuhi undang-undang dan memandu secara berhemah dan ada pula yang bersikap sebaliknya sehingga menyusahkan orang lain.
Antara sikap buruk segelintir pemandu yang sering ditemui adalah seperti tidak memberikan isyarat, masuk lorong secara tiba-tiba dan memotong barisan.
Walaupun pelbagai kempen telah dilakukan untuk memberi kesedaran mengenai kesalahan terbabit, tetapi masih ada segelintir yang dilihat degil dan mementingkan diri.
Tular 2 Alphard potong Q di kompleks CIQ Johor Bahru
Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan dua buah Toyota Alphard berwarna putih memotong barisan secara serentak.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @ricxxxkiddo, kejadian tersebut dipercayai berlaku berdekatan Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Perkara itu dirakam oleh salah seorang pemandu lori yang turut berada di kawasan berkenaan semasa kejadian berlaku.
Guna lorong lori, bas dan teksi sebelum potong barisan
Menerusi rakaman terbabit, kedua-dua buah kenderaan jenis MPV mewah itu dipercayai melalui lorong lori, bas dan teksi untuk masuk ke kompleks CIQ.
Setibanya di kawasan yang mempunyai deretan kon pembahagi antara dua jenis lorong, kedua-dua pemandu dengan segera ‘mencucuk’ masuk ke laluan kereta yang sepatutnya digunakan oleh mereka daripada awal lagi.
Jelas, tindakan sedemikian adalah memotong barisan, namun tidak pasti sama ada ia disengajakan atau kedua-dua pemandu itu tidak sengaja memasuki lorong yang salah.
Kebanyakkan perangai yang bawak peti ais memang macamnilah bila atas jalan raya 😅 pic.twitter.com/9RO2XKFhpH
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) December 28, 2024
Ramai pakat kecam, siap kaitkan dengan nombor plate ‘J’
Pun begitu, ruangan komen pada hantaran tersebut telahpun dipenuhi dengan pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial terhadap sikap kedua-dua pemandu itu memotong barisan.
Malah, ada segelintir yang mengaitkannya dengan negeri nombor pendaftaran kereta terbabit iaitu Johor.
Rata-rata pengguna X turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemandu atas kesalahan memotong barisan.
Memotong barisan adalah satu kesalahan!
Untuk info, memotong barisan khususnya ketika waktu puncak merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987), jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan saman berjumlah RM300.
Individu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 (kaedah 6) dengan denda maksimum RM300 jika melakukan perkara yang sama.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang diberikan oleh pengguna X:
Baca Artikel Berkaitan: