fbpx
Now Reading
“Penuh Pinggan Macam Bukit” – Ramai Puji Penjual Beri Saiz Hidangan Besar Kepada Pelanggan [Video]

“Penuh Pinggan Macam Bukit” – Ramai Puji Penjual Beri Saiz Hidangan Besar Kepada Pelanggan [Video]

Difahamkan, setiap makanan dijual di Nasi Bukit Padang Jawa itu berharga lebih kurang RM15 dan ke bawah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap mereka yang bergelar peniaga restoran sudah tentu mengambil kira jumlah keuntungan dalam setiap jualan. Namun kadangkala pemilik kedai terlalu mementingkan harga daripada kualiti yang ditawarkan.

Ia kemudian membuatkan para pelanggan berasa kecewa dengan setiap juadah diterima kerana dikatakan tidak berbaloi dengan harga dibayar.

Pun begitu, masih ramai di antara golongan tersebut ikhlas dalam pekerjaan yang mana mereka mengamalkan konsep sedekah dalam berniaga.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Jual 4 Bunga Kantan RM2 Sahaja, Berniaga ‘Style’ Layan Diri Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari, Usahawan Tak Sanggup Lihat Penduduk Berlapar

Kedai Makan Nasi Bukit Padang Jawa Hidang Juadah Penuh 1 Pinggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulsunflower) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurul berkongsi beberapa juadah yang dibeli bersama keluarganya di kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa sekitar Shah Alam.

Kebiasaannya, orang ramai akan diberi portion (saiz hidangan) seorang makan bagi setiap menu dipesan. Namun lain pula di gerai makan itu apabila peniaga memberikan makanan yang begitu banyak kepada pelanggannya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan menu nasi goreng yang dipesan dihidangkan penuh dalam satu pinggan yang besar. Kalau anda lihat sendiri, memang banyak betul makanan itu.

Sumber: TikTok (@nurulsunflower)

Nasi putih yang dipesan dan diminta dalam kuantiti separuh juga kelihatan banyak. Tidak nampak langsung seperti ia dikurangkan. Difahamkan, kebanyakan juadah di sana berharga lebih kurang RM15 dan ke bawah.

“Berat weh pinggan, makcik tu relax je,” kata Nurul di ruangan komen.

Menurut Nurul, dia berasa kenyang sehingga keesokan harinya selepas menikmati makanan itu. Alhamdulillah, nama kedai sama seperti servisnya. Restoran Nasi Bukit, hidangan pun saiz ‘bukit’.

@nurulsunflower Malas nk edit..enjoy je la eh..asyik fyp je nasi bukit ni..ramai yg mention suh gi sbb aku kuat makan..akhirnye sampai🤭🤭#nasibukitpadangjawa #viral ♬ France・Paris・Street corner・Musette Waltz(1310247) – Akihiro Kasuga

Ramai Puji Pemilik Kedai Tak Berkira Beri Makanan Yang Banyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji pemilik kedai yang ikhlas berniaga kerana memberikan saiz hidangan yang begitu besar.

“Siapa yang nak bawa keluarga besar tapi nak jimat sangat berbaloi makan dekat sini. Satu pinggan gunung macam ni boleh 3-4 orang makan,” kata seorang individu.

Malah segelintir individu juga dilihat tertarik dan ingin mengunjungi kedai makan tersebut tidak lama lagi. Beberapa orang pelanggan berkata Nasi Bukit Padang Jawa menjadi lokasi pilihan mereka setiap kali mahu berjimat.

Sementara itu, ramai tidak terlepas menitipkan doa agar peniaga dimurahkan rezeki berpanjangan.

“Semoga pemilik kedai ni dilimpahkan rezeki selalu seperti air zam zam yang mengalir. Amin,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@nurulsunflower)

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Baik Hati Beli Semua Ikan Tetapi Sedekah Kembali Kepada Peniaga Untuk Dijual [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Lemak 50 Sen Untuk Bangunkan Maahad [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.