fbpx
Now Reading
Ramai Puji Lelaki Ini Meskipun Cemerlang Dalam Pelajaran Tetapi Pilih Jaga Ibu Sebagai Kerja Utama [Video]

Ramai Puji Lelaki Ini Meskipun Cemerlang Dalam Pelajaran Tetapi Pilih Jaga Ibu Sebagai Kerja Utama [Video]

Menerusi video tersebut, Wan berkongsi momen dia sedang menyuap makanan kepada ibu tercinta sewaktu wanita tersebut berada di hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membuka media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga TikTok pasti ada sahaja trend yang baharu yang menjadi ikutan ramai.

Setiap trend itu tidak semuanya memberikan kesan buruk, sebaliknya ada juga yang mendatangkan faedah serta inspirasi buat orang ramai.

Adakalanya trend diikuti oleh orang ramai ini boleh memberikan idea atau kesedaran kepada mereka yang menontonnya.

Buat trend tunjuk keputusan cemerlang dan pekerjaan terkini, lelaki ini jadi perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki turut mendapat perhatian ramai selepas menyertai satu trend yang dilakukan orang ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Wan di aplikasi berkenaan, dia mengikuti trend di mana orang ramai perlu menyenaraikan keputusan peperiksaan daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga sijil tertinggi serta pekerjaan terkini.

Dalam video tersebut Wan berkongsi sejak dibangku sekolah dia sering mendapat keputusan yang cemerlang daripada UPSR sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.

Ketika UPSR Wan mendapat keputusan 4A, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3): 7A dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 7A.

Manakala di peringkat sijil diploma pula dia mendapat nilai kumulatif (CGPA) 3.80 dan 3.99 pula jumlah keseluruhan untuk sijil ijazah sarjana muda.

Kerja terkini adalah jaga ibu

Meskipun mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, namun lelaki ini memaklumkan pekerjaan terkininya adalah menjaga ibu yang sedang sakit.

Malah dia memaklumkan impiannya adalah ingin membuat ibu bangga dengannya.

Menerusi video yang dikongsikan, Wan turut berkongsi keadaan dia sedang menjaga ibu yang sedang sakit di hospital.

“Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda, insya-Allah. Ini rahsia tuhan,” tulisnya di ruang kapsyen.

@john_rambooo

Allah has a beautiful plan for you, InsyaAllah. Ini rahsia Tuhan #capcut #rahsiatuhan

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

Ramai bangga dan puji ia adalah pekerjaan paling mulia

Menjengah ke ruang komen, meskipun Wan kini menjaga ibu tercinta namun ramai yang memuji mengatakan itu adalah pencapaian yang paling tinggi daripada keputusan cemerlang yang dimilikinya.

Ini kerana, ada yang menyifatkan tidak ramai anak-anak yang boleh menjaga ibu bapa mereka sendiri meskipun sudah berjaya.

Wan turut memaklumkan dia sebelum ini mengambil Ijazah Sarjana Muda bidang perakaunan dan baru sahaja bergarduasi pada sebulan yang lalu selepas ditanya oleh segelintir pengguna.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Wan dikurniakan rezeki yang luar kerana menjaga ibunya.

“Anak yang hebat, lelaki yang hebat dan insan yang hebat”

“Rezeki akan mencurah-curah lepas ni bang. Jaga syurga ni pahala dia tersangatlah besar”

“Ini lah pekerjaan yang paling terbaik atas dunia dik, hanya yang terpilih sahaja berjaya… Dan awak salah seorangnya, Masyallah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.