![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/Nenek-pakai-kostum-rabbit.jpg)
Ramai Sebak Lihat Nenek Tua Di Sebalik Kostum Rabbit Merah Masih Gigih Cari Rezeki [Video]
Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirul kelihatan warga emas yang memakai kostum arnab berwarna merah itu seperti sedang berehat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan setiap individu yang sudah menginjak ke usia dewasa perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, kebanyakan di antara kita hanya akan bekerja sehingga mencapai ke satu tahap umur sekitar 55-60 tahun sebelum bersara.
Namun ada yang terpaksa bekerja sehingga meniti ke usia emas demi kelangsungan hidup masing-masing.
Warga emas pakai kostum arnab untuk mencari rezeki raih perhatian ramai
Baru-baru ini, seorang wanita warga emas telah mencuri tumpuan ramai apabila berada di sebuah kawasan awam untuk menghiburkan orang ramai bagi meraih pendapatan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Amirul Amer, awalnya kelihatan seorang nenek duduk di sebuah kerusi yang berada di kaki lima dipercayai di Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut kelihatan nenek berkenaan memakai kostum arnab berwarna merah itu sedang berehat sambil membuka kepala kostum terbabit.
Dipercayai sedang berehat selepas penat bekerja
Perkara itu mungkin dilakukan oleh nenek berkenaan kerana berasa panas serta penat selepas beberapa jam bekerja.
Namun selepas beberapa ketika kelihatan warga emas itu menyarung semula kostum tersebut sambil duduk sebaik melihat orang ramai melintas di hadapannya.
Situasi itu secara tidak langsung membuatkan Amirul simpati dengan nenek berkenaan kerana meskipun usianya sudah tua namun dia masih gigih mencari rezeki.
“Semoga murah rezeki selalu nenek, sentiasa bersyukur,” doanya buat warga emas itu.
Ramai sebak dan bantu warga emas
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kegigihan nenek itu mencari rezeki malah ramai yang cuba untuk menghulurkan bantuan.
Tidak kurang juga ada yang memaklumkan mereka sering melihat warga emas itu berada di kawasan tersebut.
Ada juga yang menyifatkan nenek itu tidak sepatutnya melakukan pekerjaan sedemikian di usia emas.
Bukan hanya itu kegigihan nenek ini turut membuatkan segelintir dari netizen sedar mereka perlu berusaha lebih keras dalam mencari rezeki.
Terdapat juga pengguna media sosial yang mendoakan nenek tersebut sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas.
@amirulamer Semoga murah rezeki selalu nek, semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻 #fyp #fyp
♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh
“Kita hidup di dunia ini gunakan perahu yang sama. Tapi harungi ombak yang berbeza, ada yang kuat ada yang tak kuat. Begitulah kehidupan, semoga makcik ni sentiasa dimurahkan rezeki.”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/warga-emas-dalam-kostum-rabbit-1.jpg)
“Nenek kenapa? Sepatutnya sekarang nenek duduk di rumah main dengan cucu”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/warga-emas-dalam-kostum-rabbit-2.jpg)
“Semoga makcik dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki seluasa lautan. Semoga berpeluang untuk jumpa makcik ni suatu hari nanti. Lebih kurang sebaga dengan mak saya ni.”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/warga-emas-dalam-kostum-rabbit-3.jpg)
“Semoga nenek dalam lindungan Allah SWT selalu nek.”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/warga-emas-dalam-kostum-rabbit-4.jpg)